Browse By Repository:

 
 
 
   

Sistem Kawalan Ramp Menggunakan PLC

Muhammad Najmuddin , Ishak (2007) Sistem Kawalan Ramp Menggunakan PLC. Project Report. UTeM, Melaka,Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 Pages)
Sistem_Kawalan_Ramp_Menggunakan_PLC_Muhammad_Najmuddin_Bin_Ishak_-_24_Pages.pdf - Submitted Version

Download (1MB)
[img] PDF (Full Text)
Sistem_Kawalan_Ramp_Menggunakan_PLC_Muhammad_Najmuddin_Bin_Ishak.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (7MB)

Abstract

Automasi atau automasi industri merupakan penggunaan komputer untuk mengawal proses dan mesin perindustrian yang menggantikan operator manusia. Ini disebabkan manusia mudah untuk melakukan kesilapan akibat kelalaian dan kecuaian. Oleh itu sistem kawalan secara automasi dapat mengatasi masalah ini serta perlaksanaannya dalam mengawal operasi lebih cepat dan mudah. Projek ini memberi fokus kepada pennasalahan sistem kawalan ramp di terminal feri, Pelabuhan Pulau Pinang, Pulau Pinang. Ramp merupakan struktur yang menghubungkan di antara terminal feri dan feri pengangkutan. Ia berfungsi sebagai laluan masuk dan keluar oleh pejalan kaki dan kenderaan seperti motosikal dan kereta. Bahagian ramp terdiri daripada ramp sebagai struktur utama, brow atas dan bawah, rangka badan 'A', silinder utama dan silinder hidraulik. Sistem kawalan ramp pada bilik kawalan adalah kawalan ramp, kawalan brow, kawalan lalulintas, sistem penggera untuk keselamatan dan pengesan aras air. Masalah utama ialah sistem kawalan ramp masih 13gi dikawal oleh seorang operator sehingga hari ini. Penyelesaian terbaik perlu dilakukan bagi mengubah sistem manual tersebut kepada sistem automasi. Penggunaan PLC sangat penting sebagai teras utama untuk melaksanakan fungsi kawalan bagi pengoperasian sistem kawalan ramp tersebut.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Programmable controllers
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
Divisions: Library > Final Year Project > FKE
Depositing User: Mohd Syahrizal Mohd Razali
Date Deposited: 18 Apr 2013 07:46
Last Modified: 28 May 2015 03:47
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/7218

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year