Browse By Repository:

 
 
 
   

Merekabentuk Sistem Pengering Pakaian Automatik Menggunakan Kaedah Fuzzy Logic

Emelia Ernie , Kamaruzzaman (2008) Merekabentuk Sistem Pengering Pakaian Automatik Menggunakan Kaedah Fuzzy Logic. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 Pages)
Merekabentuk_Sistem_Pengering_Pakaian_Automatik_Menggunakan_Kaedah_Fuzzy_Logic_Emelia_Ernie_Binti_Kamaruzzaman_TJ217.5.E43_2008_24.pdf - Submitted Version

Download (131kB)
[img] PDF (Full Text)
Merekabentuk_Sistem_Pengering_Pakaian_Automatik_Menggunakan_Kaedah_Fuzzy_Logic_Emelia_Ernie_Binti_Kamaruzzaman_TJ217.5.E43_2008_FULL_TEXT.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (3MB)

Abstract

Kedudukan Malaysia di atas garisan khatulistiwa menyebabkannya mengalami keadaan hujan dan lembap sepanjang tahun. Hal ini kadangkala mendatangkan masalah kepada golongan wanita terutamanya mereka yang bekerjaya dan tinggal di bandarbandar besar apabila pakaian yang dicuci tidak kering ditambah pula bau yang kurang menyenangkan. Mereka yang tinggal di flat dan pangsapuri juga mempunyai masalah yang sama kerana mempunyai ruangan jemuran yang cukup terhad (ampaian) untuk mengeringkan pakaian. Oleh yang demikian, satu sistem pengering pakaian dibangunkan dalam bentuk wardrobe dan ia merupakan satu sistem yang mengawal proses pengeringan secara automatik serta merangkumi 3 aspek penting iaitu mudah, cepat dan efektif. Untuk mengeringkan pakaian secara efektif, cucian perlu digantung di ruangan tertutup yang kecil (semakin kecil semakin baik) tetapi sirkulasi udara masih perlu dipertimbangkan. Elemen yang mempengaruhi proses pengeringan ialah kesan pemanasan (yang diberikan oleh pengawal kepanasan) dan sirkulasi udara (yang diberikan oleh blower). Untuk merekabentuk sistem pengering pakaian automatik ini, kaedah fuzzy logic digunakan untuk menentukan suhu udara di dalam wardrobe dan kelajuan motor blower diikuti dengan pembangunan perisian PIC mikropengawal. Diharap dengan kewujudan sistem pengering pakaian automatik ini dapat memberi kemudahan kepada masyarakat amnya dan golongan wanita khususnya dalam menguruskan kehidupan seharian berkaitan pakaian.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Electric motors, Fuzzy systems, Intelligent control systems
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
Divisions: Library > Final Year Project > FKE
Depositing User: Siddiq Jais
Date Deposited: 13 Aug 2012 03:23
Last Modified: 28 May 2015 03:33
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/5309

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year