Browse By Repository:

 
 
 
   

Merekeabentuk Dan Membangunkan Galah Komposit Ultra Ringan Untuk Tujuan Penuaiaan Buah Kelapa Sawit

Mohammad Rafi, Omar (2012) Merekeabentuk Dan Membangunkan Galah Komposit Ultra Ringan Untuk Tujuan Penuaiaan Buah Kelapa Sawit. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (Full Text)
Merekeabentuk_Dan_Membangunkan_Galah_Komposit_Ultra_Ringan_Untuk_Tujuan_Penuaiaan_Buah_Kelapa_Sawit-Full_Text.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (3MB)
[img] PDF (24 Pages)
Merekeabentuk_Dan_Membangunkan_Galah_Komposit_Ultra_Ringan_Untuk_Tujuan_Penuaiaan_Buah_Kelapa_Sawit_-_24_Pages.pdf - Submitted Version

Download (296kB)

Abstract

Laporan ini menghuraikan tentang proses merekabentuk galah ultra ringan untuk tujuan penuaian pokok kelapa sawit melebihi ketinggian 20 kaki. Industri sawit di malaysia merupakan antara cabang penting dalam menjana ekonomi negara ini. Industri sawit memerlukan transformasi dari segi teknologi penanaman, penuaian dan pemprosesan buah kelapa sawit. Fokus utama projek ini ialah untuk erekabentuk galah kelapa sawit yang ultra ringan dengan lenturan galah yang minimum. Laporan ini menyoroti kajian ilmiah dan dokumen lampau berkaitan dengan kajian terkini galah penuaian buah kelapa sawit. Laporan ini juga menerangkan kaedah digunakan untuk merekabentuk, membuat dan pemilihan rekabentuk. Laporan ini juga menunjukkan proses penghasilan prototaip galah. Terdapat tiga kaedah digunakan untuk menentukan lenturan pada galah. Kaedah pertama membuat simulasi berkomputer. Kaedah kedua,membuat ujian makmal. Ketiga, menggunakan teori mekanik pepejal untuk mengira lenturan pada galah direkabentuk. Kaedah tersebut digunakan untuk membuktikan bahawa hasil kajian adalah tepat. Laporan ini juga menerangkan proses optimisasi untuk galah direkabentuk. Di akhir kajian ini, galah yang terbaik dapat dihasilkan berdasarkan ciri-ciri galah yang ringan, galah yang mempunyai lenturan minimum , kos yang efektif dan selamat digunakan.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Harvesting machinery -- Design and construction
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
Divisions: Library > Final Year Project > FKM
Depositing User: Rohana Hashim
Date Deposited: 21 May 2013 03:45
Last Modified: 28 May 2015 03:52
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/7881

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year