Browse By Repository:

 
 
 
   

Rekabentuk Dan Analisis Mesin Pemerah Kelapa Mudah Alih

Salman, Ahmad Tajudin (2009) Rekabentuk Dan Analisis Mesin Pemerah Kelapa Mudah Alih. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 Pages)
Rekabentuk_Dan_Analisis_Mesin_Pemerah_Kelapa_Mudah_Alih_-_24_Pages.pdf - Submitted Version

Download (315kB)
[img] PDF (Full Taxt)
Rekabentuk_Dan_Analisis_Mesin_Pemerah_Kelapa_Mudah_Alih_-_Full_Taxt.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (4MB)

Abstract

Tajuk Projek Sarjana Muda yang dilakukan ialah Merekabentuk dan Menganalisis Mesin Pemerah Kelapa Mudah Alih.Objektif projek ialah merekabentuk dan menganalisis mesin pemerah kelapa terbaru.Skop yang ingin dicapai ialah membuat rekabentuk baru, membuat prototaip dan menganalisis dari segi kajian FEA, static,dinamik dan kos .Projek ini mendapat idea daripada kaedah manual memerah santan menggunakan genggaman jari.Maka mesin ini direka untuk member alternatif baru kaedah pemerahan santan. Pelbagai konsep rekabentuk dilakukan sebelum memilih konsep akhir.Konsep akhir yang dipilih menggunakan kaedah Advance Decision Matrix .Konsep ini menggunakan kaedah pemampatan dan tekanan.Hasil daripada pemilihan konsep tersebut maka dipindahkan kedalam bentuk CAD. Perisian yang digunakan ialah Solidworks. Perisian tersebut lebih mesra pengguna dan banyak fungsi dan integrasi format. 3D CAD tersebut kemudian dipindahkan ke dalam perisian Magics menggunakan format STL untuk membuat model prototaip menggunakan mesin FDM Stratasys 400mc. Hasil prototaip tersebut diuji walaupun berskala kecil. Analisis yang dijalankan ialah analisis FEA dan kos efektif.Perisian yang digunakan ialah Cosmoworks .Ujian FEA yang dijalankan seperti ujian statik dan dinamik.Ia bertujuan memilih bahan yang paling sesuai untuk model sebenar. Bahan yang dipilih juga dinilai dari segi kos efektif namun pada masa yang sama mempunyai prestasi yang bagus. Bahan yang dipilh untuk model sebenar ialah PP Kopolimer.Bahan ini lebih murah, ringan , tiada tindak balas kimia , fleksibel dan banyak digunakan dalam mesin atau alat pemprosesan makanan .Secara kesimpulan, projek ini berjaya mencapai objektif dan skop yang ditetapkan

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Machine design
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
Divisions: Library > Final Year Project > FKM
Depositing User: Mr. Thaqif Mohd Isa
Date Deposited: 13 Sep 2012 07:29
Last Modified: 28 May 2015 03:37
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/5765

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year