Browse By Repository:

 
 
 
   

Kajian Sifat Kelesuan Bagi Logam Aloi Karbon Rendah Dengan Dan Tanpa Penambahan Karbida Melalui Ujian Kelesuan Menggunakan Daya Tegangan

Muhamad Hafiz, Hj.Ithnan (2008) Kajian Sifat Kelesuan Bagi Logam Aloi Karbon Rendah Dengan Dan Tanpa Penambahan Karbida Melalui Ujian Kelesuan Menggunakan Daya Tegangan. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 Pages)
Kajian_Sifat_Kelesuan_Bagi_Logam_Aloi_Karbon_Rendah_Dengan_Dan_Tanpa_Penambahan_Karbida_Melalui_Ujian_Kelesuan_Menggunakan_Daya_Tegangan_-_24_Pages.pdf - Submitted Version

Download (112kB)
[img] PDF (Full Taxt)
Kajian_Sifat_Kelesuan_Bagi_Logam_Aloi_Karbon_Rendah_Dengan_Dan_Tanpa_Penambahan_Karbida_Melalui_Ujian_Kelesuan_Menggunakan_Daya_Tegangan_-_Full_Taxt.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (712kB)

Abstract

Kegagalan mekanikal telah menjadi punca kepada terjadinya kecederaan dan kerugian kos kewangan yang banyak. Walaubagaimanapun, berbanding kepada kejayaan yang dikecapi dalam rekabentuk struktur dan komponen mekanikal, kegagalan mekanikal adalah minimal. Pelbagai mod kegagalan mekanikal yang berlainan wujud dalam setiap lapangan kejuruteraan. Kegagalan – kegagalan ini boleh berlaku sama ada dalam persekitaran ringkas atau kompleks, dan pada struktur yang mahal atau murah. Kegagalan yang berkaitan dengan sifat kelesuan (tegasan berulang – ulang) adalah kegagalan dengan pelbagai disiplin dan adalah penyebab umum dalam konteks kegagalan mekanikal. Kelesuan adalah proses kerosakan bertokok dalam persekitaran yang lembut yang disebabkan oleh beban (tegasan) turun-naik (mampatan-regangan) yang berulang – ulang. Logam tulen kebiasaannya lembut dan lemah selain mempunyai sifat konduksi elektrik dan haba yang tinggi. Pengukuhan melalui proses penambahan sesuatu bahan dapat dilakukan ke atas logam tulen. Peranan pengukuhan adalah untuk menguatkan dan mengeraskan sesuatu bahan melalui penambahan bahan seramik seperti oksida, karbida, nitrida dan lain – lain. Melalui penambahan karbida, sifat mekanik sesuatu bahan atau struktur dapat diperkuatkan dan diperkukuhkan

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Steel alloys -- Fatigue, Strains and stresses, Metals -- Fatigue, Carbon steel
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
Divisions: Library > Final Year Project > FKM
Depositing User: Mr. Thaqif Mohd Isa
Date Deposited: 11 Sep 2012 02:35
Last Modified: 28 May 2015 03:37
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/5736

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year