Browse By Repository:

 
 
 
   

Penyediaan Larutan Bahan Punar Untuk Aloi-Aloi Ferus

Tengku Nurul Izatulshima, T. Mohd Hashim (2009) Penyediaan Larutan Bahan Punar Untuk Aloi-Aloi Ferus. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 Pages)
Penyediaan_Larutan_Bahan_Punar_Untuk_Aloi-Aloi_Ferus.pdf - Submitted Version

Download (209kB)
[img] PDF (Full Text)
Penyediaan_Larutan_Bahan_Punar_Untuk_Aloi-Aloi_Ferus.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Tujuan utama kajian ini adalah untuk menjalankan kajian dan menentukan larutan bahan punar dengan komposisi bahan kimia yang spesifik dan juga kaedah penyediaan larutan bahan punar yang lengkap untuk setiap aloi ferus yang dikaji. Terdapat lima (5) jenis aloi ferus yang penting yang digunakan di dalam kajian ini iaitu keluli karbon biasa, keluli beraloi rendah, keluli tahan karat, logam perkakas dan juga besi tuang. Penyediaan larutan bahan punar ini memerlukan langkah berjaga-jaga dan juga ketelitian kerana kebanyakan larutan dan bahan kimia yang digunakan dalam penyediaan larutan bahan punar tersebut terdiri dari bahan yang mudah meletup dan bertindakbalas dengan persekitaran. Kajian yang dijalankan ini menjurus kepada pemilihan larutan bahan punar berdasarkan kepada kajian-kajian yang lepas di mana dapat menunjukkan fasa-fasa mikrostruktur yang dikehendaki berdasarkan kepada gambarajah keseimbangan besikarbon. Penyediaan larutan bahan punar ini telah dijalankan di dalam makmal berdasarkan kaedah cuba dan jaya iaitu dengan menggunakan tiga (3) komposisi larutan dan juga masa punaran yang berbeza-beza untuk setiap aloi ferus. Pemilihan komposisi dan masa punaran untuk setiap aloi ferus tersebut dipilih berdasarkan hasil punaran yang mana dapat menunjukkan fasa-fasa mikrostruktur yang dikehendaki dengan jelas dan terang. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, larutan bahan punar yang sesuai digunakan untuk keluli karbon biasa adalah larutan Nital (2%) dengan masa punaran selama 25 saat, larutan Picral digunakan untuk keluli beraloi rendah dengan masa punaran selama 25 saat, larutan Marble pula digunakan untuk keluli tahan karat dengan masa punaran selama 2 minit, larutan ke-2 dari Jadual 2.4 digunakan untuk logam perkakas dengan masa rendaman selama 25 saat, manakala larutan Becker digunakan untuk memunarkan besi tuang dengan masa punaran selama 15 saat.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Welding, Iron alloys -- Mechanical properties
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
Divisions: Library > Final Year Project > FKM
Depositing User: Jefridzain Jaafar
Date Deposited: 28 Aug 2012 06:17
Last Modified: 28 May 2015 03:34
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/5491

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year