Browse By Repository:

 
 
 
   

Pemindahan Haba Di Dalam Rumah Dengan Menggunakan Rockwool

Ahmad Sabri, Mohamed (2010) Pemindahan Haba Di Dalam Rumah Dengan Menggunakan Rockwool. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 Pages)
Pemindahan_Haba_Di_Dalam_Rumah_Dengan_Menggunakan_Rockwool_-_Ahmad_Sabri_b_Mohamed_-_TJ260.A35_2010_24_Pages.pdf - Submitted Version

Download (712kB)
[img] PDF (Full Text)
Pemindahan_Haba_Di_Dalam_Rumah_Dengan_Menggunakan_Rockwool_-_Ahmad_Sabri_b_Mohamed_-_TJ260.A35_2010.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (6MB)

Abstract

Keselesaan terma bagi penghuni rumah kediaman adalah salah satu unsur yang dapat di setiap hati seorang penghuni rumah kediaman. Suhu didalam rumah kediaman kepada kehidupan manusia adalah penting bagi menjana kehidupan yang sihat dan selesa ini kerana ia dapat menjadikan setiap manusia yang mendiami rumah itu berada didalam keadaan selesa dan sejahtera. Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisa dan membuktikan bahawa dengan mengunakan penebat haba (rockwool) dapat mengurangkan suhu pada rumah kediaman. Oleh kerana sinaran suria yang terpancar daripada matahari terus kepada bumbung rumah kediaman, penebat haba (rockwool) diletakkan dibawah bumbung bagi mendapatkan hasil analisa yang terbaik. Kajian ini telah dijalankan di sebuah rumah terbina daripada papan lapis dan berada didalam keadaan yang tertutup tanpa sistem pengaliran udara yang sempurna. Keputusan bagi kajian ini telah menyatakan dengan menggunakan “rockwool” dapat mengurangkan pemindahan haba kedalam rumah kediaman. Kajian ini juga telah dijalankan dengan menggunakan bahan penebat dan tanpa penggunaan bahan penebat. Setiap kajian, suhu telah diambil dan dibuat analisis diantara dua kajian ini untuk dibuat perbandingan. Di akhir kajian, mendapati bahawa pengaliran haba tanpa menggunakan bahan penebat hanya dapat dikurangkan daripad 476.5 W/m2 manakala dengan menggunakan bahan penebat, pengaliran haba dapat dikurangkan sehingga 381.6 W/m2. Kesimpulanya, dengan menggunakan bahan penebat rockwool dapat menggurangkan permindahan haba ke dalam rumah dan memberikan keselesaan pada penghuni rumah sekaligus dapat menjimatkan penggunaan kuasa elektrik rumah.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Heat -- Transmission, Heat
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
Divisions: Library > Final Year Project > FKM
Depositing User: Nooraidillah Rasdi
Date Deposited: 19 Jun 2012 04:50
Last Modified: 28 May 2015 02:36
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/3552

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year