Browse By Repository:

 
 
 
   

Robot Pengesan Halangan

Mohd Riezzun, Zainal Abidin (2005) Robot Pengesan Halangan. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 Pages)
Robot_Pengesan_Halangan_-_Mohd_Riezzun_b_Zainal_Abidin_-_TJ211.M74_2005_-_24_Pages.pdf - Submitted Version

Download (1MB)
[img] PDF (Full Text)
Robot_Pengesan_Halangan_-_Mohd_Riezzun_b_Zainal_Abidin_-_TJ211.M74_2005.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (7MB)

Abstract

Robot Pengesan Halangan merupakan sebuah robot yang bergerak. Robot ini dilengkapi dengan peralatan dan peranti elektronik dan elektrik untuk membolehkan ia bergerak. Dalam masa yang sama, robot ini akan mengesan halangan yang berada di hadapan dan bertindak balas terhadap halangan yang telah dikesan. Contoh peralatan yang digunakan adalah seperti motor Arus Terus (AT), PIC16F84, suis penghad dan pengesan ultrasonik. Terdapat dua jenis pengesan yang digunakan iaitu suis penghad sebagai pengesan jarak dekat, manakala pengesan ultrasonik sebagai pengesan jarak jauh. Apabila halangan telah dikesan, ia akan menukar arah peijalanan. Jika halangan telah dikesan oleh pengesan ultrasonik, robot akan mengundur dan mengubah haluan perjalanan. Jika suis penghad mengesan halangan, robot akan mengubah haluan sama ada ke kanan atau ke kiri. Kemudian robot akan meneruskan pergerakkan ke hadapan selagi tiada halangan yang dikesan. Motor AT digunakan untuk melancarkan peijalanan dan pergerakkan robot. PIC16F84 merupakan komponen utama untuk membina sebuah robot kerana ia disambungkan pada setiap litar yang digunakan. Aturcara akan dibina menggunakan perisian MPLab IDE dan aturcara ini akan disimpan dalam format .HEX. Kemudian aturcara ini akan diprogramkan ke dalam PIC16F84 dengan menggunakan perisian ICProg. PIC16F84 yang telah diprogramkan akan digunakan pada robot pengesan halangan.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Detectors, Transducers, Robots -- Equipment and supplies
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
Divisions: Library > Final Year Project > FKEKK
Depositing User: Nor Aini Md. Jali
Date Deposited: 14 Dec 2013 05:14
Last Modified: 28 May 2015 04:10
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/10357

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year