Browse By Repository:

 
 
 
   

Merekabentuk Sistem Penggera Keselamatan Rumah

Siti Halma, Johari (2005) Merekabentuk Sistem Penggera Keselamatan Rumah. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 Pages)
Merekabentuk_Sistem_Pengera_Keselamatan_Rumah_-_Siti_Halma_bt_Johari_24_Pages.pdf - Submitted Version

Download (3MB)
[img] PDF (Full Text)
Merekabentuk_Sistem_Pengera_Keselamatan_Rumah_-_Siti_Halma_bt_Johari.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (13MB)

Abstract

Pemasangan sistem penggera di rumah-rumah adalah satu altematif kepada pengurangan kadar berlakunya kejadian pecah rumah. Projek ini direkabentuk untuk menghasilkan satu sistem keselamatan rumah yang berciri lengkap dan boleh di pasang mengikut keperluan pengguna. Sistem ini menggunakan pengesan pintu magnet dan pengesan gegaran yang dipasang pada lima kawasan mengikut keadaan dan kehendak pengguna Pengesan-pengesan tersebut akan dipasang dalam lingkungan 10 meter dari kotak kawalan. Sistem ini boleh dihidupkan dan dimatikan hanya dengan menekan suis utama yang terdapat pada kotak kawalan. Sistem akan menyalakan Diod Pemancar Cahaya(LED) dan lampu amaran serta membunyikan siren jika mana-mana atau salah satu pengesan-pengesan tersebut menghantar isyarat kepada unit kawalan. Pengesan-pengesan tersebut akan aktif bila pintu dibuka atau terdapat gegaran pada dinding. Kelebihan yang terdapat pada sistem ini adalah kebolehan sistem tersebut beroperasi walaupun bekalan elektrik terputus kerana terdapat bateri sokongan 12VDC. Pengguna juga dapat mengesan kawasan yang diceroboh dengan lebih cepat berpandukan kepada nyalaan LED.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Electronic security systems, Security systems
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TH Building construction
Divisions: Library > Final Year Project > FKEKK
Depositing User: Nooraidillah Rasdi
Date Deposited: 07 Oct 2013 03:41
Last Modified: 28 May 2015 04:08
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/9979

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year