Browse By Repository:

 
 
 
   

Kajian Tentang Kawalan Sambungan Fleksibel Yang Berputar

Wesley , Taising (2007) Kajian Tentang Kawalan Sambungan Fleksibel Yang Berputar. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 Pages)
Kajian_Tentang_Kawalan_Sambungan_Fleksibel_Yang_Berputar_Wesley_Bin_Taising_-_24_Pages.pdf - Submitted Version

Download (4MB)
[img] PDF (Full Text)
Kajian_Tentang_Kawalan_Sambungan_Fleksibel_Yang_Berputar_Wesley_Bin_Taising.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (21MB)

Abstract

Projek ini dijalankan untuk mengkaji dalam perlaksanaan teknik gelung terbuka untuk mengurangkan getaran pada sambungan fleksibel tunggal yang berputar. Kaedah yang digunakan di dalam projek ini melibatkan teknik gelung terbuka iaitu teknik "Input Impulse", "Low Pass Filter", "Band Stop Filter", dan juga "Input Shaping". Simulasi dengan menggunakan perisian Matlab Simulink telah dijalankan. Dalam kajian ini, keluaran yang dianalisis adalah sudut pada bahagian pusat sambungan fleksibel serta sudut pesongan yang berlaku pada bahagian lengan sambungan fleksibel. Keputusan dari simulasi dengan mengaplikasikan kaedah sistem gelung terbuka akan dibandingkan untuk mengenal pasti kaedah yang sesuai untuk pengawalan getaran untuk sambungan fleksibel yang berputar. Hasil kajian menunjukkan tiga teknik kawalan dengan menggunakan kaedah gelung terbuka iaitu "Low Pass Filter'', "Band Stop Filter", dan "Input Shaping" dapat mengurangkan getaran pada sistem fleksibel berputar. Pengurangan getaran paling tinggi untuk sistem ini adalah hasil dari teknik "Input Shaping".

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Manipulators (Mechanics), Manipulators (Mechanics) -- Computer simulation
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
Divisions: Library > Final Year Project > FKM
Depositing User: Mohd Syahrizal Mohd Razali
Date Deposited: 20 Sep 2013 08:09
Last Modified: 28 May 2015 04:06
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/9826

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year