Browse By Repository:

 
 
 
   

Mereka Dan Menguji Peralatan Pengukuran Keberaliran Haba

Zulkiffli, Bakar (2005) Mereka Dan Menguji Peralatan Pengukuran Keberaliran Haba. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 Pages)
Mereka_Dan_Menguji_Peralatan_Pengukuran_Keberaliran_Haba_Zulkiffli_b_Bakar.pdf24_pAGES.pdf - Submitted Version

Download (3MB)
[img] PDF (Full Text)
Mereka_Dan_Menguji_Peralatan_Pengukuran_Keberaliran_Haba_Zulkiffli_b_Bakar.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (9MB)

Abstract

Tujuan projek ini adalah untuk mereka sebuah alat untuk mengukur nilai keberaliran haba bagi pelbagai jenis bahan. Bahan-bahan yang digunakan bagi menguji peralatan yang direka adalah tembaga, alumini~ keluli tahan karat dan keluli lembut. Keempat-empat bahan berkenaan telah diuji dengan menggunakan radas yang telah dihasilkan bagi menentukan nilai-nilai keberaliran haba masing-masing. Hasil kajian mendapati bahawa dengan menggunakan alat yang direka tersebut didapati nilai keberaliran haba bagi tembaga adalah 335.7 W/m.K, aluminium adalah 222.22 W/m.K, keluli tahan karat adalah 13.04 W/m.K dan keluli lembut adalah 41.67 W /m.K. Keputusan yang telah diperolehi telah dibandingkan dengan nilai teori yang sedia ada bagi mendapatkan peratus ralat untuk menentukan ketepatan alat ini. Secara keseluruhannya, projek ini dapat disiapkan dengan jayanya dan mencapai objektif yang dikehendaki. Peratusan ralat yang diperolehi amatlah rendah iaitu tidak melebihi 15 % bagi setiap bahan. Oleh itu, alat yang direka ini didapati sesuai digunakan untuk mengukur nilai keberaliran haba bagi sesuatu bahan.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: -
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
Divisions: Library > Final Year Project > FKM
Depositing User: Siti Syahirah Ab Rahim
Date Deposited: 17 Sep 2013 08:03
Last Modified: 28 May 2015 04:06
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/9780

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year