Browse By Repository:

 
 
 
   

Ciri-Ciri Pemindahan Haba Bagi Aliran Tidak Mantap Pada Muncung Tersantak

Idris, Maspin (2005) Ciri-Ciri Pemindahan Haba Bagi Aliran Tidak Mantap Pada Muncung Tersantak. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 Pages)
Ciri-Ciri_Pemindahan_Haba_Bagi_Aliran_Tidak_Mantap_Pada_Muncung_Tersantak.pdf - Submitted Version

Download (3MB)
[img] PDF (Full Text)
Ciri-Ciri_Pemindahan_Haba_Bagi_Aliran_Tidak_Mantap_Pada_Muncung_Tersantak.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (11MB)

Abstract

Kajian ini dilakukan untuk mendapatkan ciri-ciri pemindahan haba aliran tidak: mantap pada muncung tersantak. Beberapa jenis saiz muncung yang berlainan digunakan di dalam ujikaji ini. Pemampat digunakan untuk membekalkan sumber udara termampat pada halaju tinggi yang berkeupayaan memberikan santakan pada muncung. Jarak permukaan santakan juga diambil kira supaya santakan terhasil daripada muncung ke permukaan santakan. Nombor Reynolds digunakan untuk mendapatkan jenis aliran yang terhasil daripada muncung sama ada laminar, peralihan ataupun gelora Pada akhir kajian ini, dapatlah ditentukan ciri-ciri pemindahan haba yang terhasil daripad~ aliran tidak mantap pada muncung tersantak. Antara ciri-ciri yang dikenalpasti adalah perhubungan di antara kadar pemindahan haba terhadap perubahan jarak santakan, diameter muncung dan tekanan yang dikenakan pada muncung tersebut. Sarna ada ianya berkadar terus ataupun sebaliknya bergantung pada keputusan ujikaji yang diperoleh. Daripada kajian yang telah dijalankan, pemindahan haba yang berlaku pada muncung tersantak dapat diketahui. Berdasarkan kepada graf-graf yang diperoleh, ciri-ciri pemindahan haba didapati berkadar terus dengan suhu danjarak santakan.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Heat -- Transmission
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TP Chemical technology
Divisions: Library > Final Year Project > FKM
Depositing User: Jefridzain Jaafar
Date Deposited: 10 Sep 2013 03:15
Last Modified: 28 May 2015 04:04
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/9533

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year