Browse By Repository:

 
 
 
   

Pengukuran Aliran Bendalir Menggunakan Venturi Meter Dengan Kaedah Eksperimen Dan Simulasi CFX

Rozita , Salehudin (2007) Pengukuran Aliran Bendalir Menggunakan Venturi Meter Dengan Kaedah Eksperimen Dan Simulasi CFX. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 Pages)
Pengukuran_Aliran_Bendalir_Menggunakan_Venturi_Meter_Dengan_Kaedah_Eksperimen_Dan_Simulasi_CFX_Rozita_Binti_Salehudin-_24_pages.pdf - Submitted Version

Download (3MB)
[img] PDF (Full Text)
Pengukuran_Aliran_Bendalir_Menggunakan_Venturi_Meter_Dengan_Kaedah_Eksperimen_Dan_Simulasi_CFX_Rozita_Binti_Salehudin.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (13MB)

Abstract

Pengukuran aliran boleh ditentukan dengan menggunakan alat meter alir yang dikelaskan dalam 4 kategori utama iaitu meter alir perbezaan tekanan, anjakan positif, halaju dan jisim. Kajian yang dilakukan akan menggunakan meter alir jenis perbezaan tekanan atau kehilangan turus. Ia merangkumi jenis aliran dalaman seperti meter venturi dan meter orifis dan aliran luaran seperti tiub pitot. Setiap alat meter alir tersebut mempunyai rekabentuk yang berbeza tetapi prinsip pnegukuran yang digunakan adalah sama berdasarkan prinsip Bernoulli. Ringkasnya ia melibatkan penentuan perbezaan tekanan apabila halaju meningkat terhadap pengurangan luas keratan rentas menyebabkan tekanan meningkat dan ia menggambarkan nilai kadar alir di dalam aliran tersebut. Kajian dilakukan untuk mengkaji permasalahan yang sering berlaku dalam pengukuran aliran seperti ketepatan ukuran, kecekapan, penggunaan, pemasangan dan kos permulaan yang termasuk juga kos pemasangan dan penyelenggaran. Metodologi yang diaplikasikan dalam kajian ini amnya merujuk kepada ketiga-tiga alat meter alir tersebut selain alat sekunder seperti manometer untuk mengukur perbezaan tekanan. Kaedah tersebut mengkaji terhadap parameter seperti kadar alir, pekali kadar alir, halaju dan kehilangan turus. Skop kajian tertumpu kepada proses operasi dan rekabentu meter venturi, meter orifis dan tiub pitot, pembandingkan meter alir, pemerhatian perubahan tekanan, faktor yang mempengaruhi kadar alir, ketepatan pengukuran serta pemilihan meter alir. Keputusan yang dijangkakan hasil kajian adalah halaju dan tekanan berkadar songsang terhadap luas keratan rentas, kecekapan meter venturi lebih tinggi berbanding meter orifis dan tiub pitot, aliran yang keluar pada meter venturi adalah aliran gelora berdasarkan nombor Reynold. Ia menyatakan di bawah 2000 aliran adalah laminar, di atas 4000 adalah aliran gelora dan antara 2000 dan 4000 adalah aliran peralihan.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Fluid mechanics -- Measurement, Flow meters
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
Divisions: Library > Final Year Project > FKM
Depositing User: Mohd Syahrizal Mohd Razali
Date Deposited: 20 Aug 2013 02:56
Last Modified: 28 May 2015 04:03
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/9309

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year