Browse By Repository:

 
 
 
   

Pembangunan Model Kren Menggunakan PIC

Ahmad , Ismail (2006) Pembangunan Model Kren Menggunakan PIC. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 Pages)
Pembangunan_Model_Kren_Menggunakan_PIC_Ahmad_Ismail_TJ1363.A35_2006_2.pdf - Submitted Version

Download (4MB)
[img] PDF (Full Text)
Pembangunan_Model_Kren_Menggunakan_PIC_Ahmad_Ismail_TJ1363.A35_2006.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (24MB)

Abstract

Kren merupakan salah satu jentera yang banyak digunakan pada masa kini. Penggunaan kren di dalam pembangunan sekarang amat penting iaitu dalam mengangkut barang-barang yang berat dan besar. Operasi yang dilakukan oleh kren ialah menarik kabel, menurunkan kabel, mengalihkan, meletak barang dan sebagainya. Projek ini bertujuan merekabentuk model kren yang menggunakan PIC sebagai kawalan supaya model kren ini dapat melakukan pergerakan seperti menarik kabel, menurunkan kabel, berpusing dan sebagainya. Jenis PIC yang digunakan dalam projek ini ialah PIC 16F877 A. PIC ini mempunyai 40 pin, lima bahagian pin keluaran/masukkan, pengayun dalaman dan memori sebanyak 256 bytes. PIC mempunyai bahasa aturcara tersendiri untuk membuat program. Program ini akan ditebenamkankan dalam PIC untuk meningkatkan kecekapan dan mudah untuk proses baikpulih. Jika projek yang direka tidak menggunakan PIC, litar-litar tambahan seperti litar penukar analog ke digital, Iitar keluaran untuk menunjukkan bacaan atau paparan LED perlu dibuat secara berasingan. Projek ini telah menggunakan tertimbang-H untuk mengawal arah arus yang melalui motor supaya motor dapat berputar dalam dua arah. Projek ini dibina berdasarkan model kren menggunakan litar kawalan motor arus terus (AT) yang dikawal oleh PIC. Sehubungan dengan itu satu program khas untuk PIC dibangunkan untuk memastikan litar beroperasi dan objektif projek tercapai. PIC dipilih kerana peranti ini mudah untuk digunakan berbanding peranti-peranti elektronik lain.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Cranes, derricks, etc.
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
Divisions: Library > Final Year Project > FKEKK
Depositing User: Siddiq Jais
Date Deposited: 23 Jul 2013 06:55
Last Modified: 28 May 2015 03:59
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/8806

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year