Browse By Repository:

 
 
 
   

Merekabentuk Struktur Dan Mekanisma Untuk Pemasangan Jig Pencengkam Pada Mesin Ujian Tegangan

Abdullah Muttaqin, Adam Shukri (2007) Merekabentuk Struktur Dan Mekanisma Untuk Pemasangan Jig Pencengkam Pada Mesin Ujian Tegangan. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 pages)
Merekabentuk_Struktur_Dan_Mekanisma_Untuk_Pemasangan_Jig_Pencengkam_Pada_Mesin_Ujian_Tegangan.pdf - Submitted Version

Download (4MB)
[img] PDF (Full Text)
Merekabentuk_Struktur_Dan_Mekanisma_Untuk_Pemasangan_Jig_Pencengkam_Pada_Mesin_Ujian_Tegangan.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (20MB)

Abstract

Tajuk umum bagi kajian ini ialah Merekabentuk Struktur dan Mekanisma untuk Pemasangan Jig Pencengkam pada Mesin Ujian Tegangan (Universal Testing Machine) INSTRON model 5585. Beberapa kaedah pemasangan jig pencengkam telah dikaji dengan merujuk kepada manual kerja pemasangan jig tersebut. Terdapat masalah yang timbul di mana manual kerja tersebut tidak menjelaskan kaedah yang lebih terperinci mengenai pemasangan jig pencengkam. Oleh yang demikian, untuk mengatasi masalah ini satu pendekatan menggunakan kaedah pemasangan jig yang baru telah dikaji. Dalam kajian ini juga ada dimasukkan kaedah yang baik dan selamat untuk pemasangan jig pencengkam bagi menjamin pemasangan jig boleh dilakukan dengan penelitian yang tinggi serta membuat rekaan struktur mekanikal yang sesuai bagi alat pemasangan jig. Rekaan alat struktur mekanikal yang dibuat adalah secara lukisan kejuruteraan dengan menggunakan perisian SolidWorks dan juga secara pembikinan contoh sulung. Rekaan alat struktur mekanikal yang dibangunkan dalam kajian ini menggunakan konsep 'Meja Siri XY'. Rekabentuk bagi 'Meja Siri XY' merangkumi tapak, meja boleh gerak pada satah-X dan satah-Y, serta pelaras pada satah-X dan satah-Y yang disambungkan pada sisi tapak. Selain itu, dengan adanya galas lelurus yang memberikan kesan pada pergerakan tentangan garis lurus antara meja boleh laras satah-X dan satah-Y, ianya dapat memberikan peningkatan prestasi bukan sahaja kepada kesanggupan menahan beban tetapi juga kepada ketepatan, keseimbangan kedudukan dan prestasi untuk jangka masa yang panjang.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Jigs and fixtures, Jigs and fixtures -- Design and construction
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
Divisions: Library > Final Year Project > FKM
Depositing User: Jefridzain Jaafar
Date Deposited: 17 Jun 2013 04:20
Last Modified: 28 May 2015 03:54
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/8218

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year