Browse By Repository:

 
 
 
   

Merekabentuk Dan Menganalisis Rod Penghubung

Mohammad Syafiq, Ramli (2012) Merekabentuk Dan Menganalisis Rod Penghubung. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 Pages)
Merekabentuk_Dan_Menganalisis_Rod_Penghubung_-_24_Pages.pdf - Submitted Version

Download (203kB)
[img] PDF (Full Text)
Merekabentuk_Dan_Menganalisis_Rod_Penghubung_-_Full_Text.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Kajian ini melibatkan kekuatan dan mengoptimumkan jisim rod penghubung. Idea ini dikeluarkan oleh penyelia yang memberi tugasan. Dalam tugasan ini, rod penghubung daripada kereta Proton Wira 1.5 yang sebenar digunakan untuk mendapatkan dimensi yang sebenar. Selepas pengukuran diambil, rod penghubung dilukis dan direkabentuk menggunakan perisian CATIA dengan mengubah dimensi rod penghubung sebenar untuk mendapatkan jisim yang optimum. Setelah rekabentuk rod penghubung selesai dilukis, analisis terhadap rod penghubung ini juga dilakukan di dalam perisian CATIA dan seterusnya dapat mengetahui tekanan dan ketegangan rod penghubung yang terjadi pada rod penghunung tersebut. Analisis ini menggunakan jenis bahan yang berbeza – beza untuk mendapatkan kekuatan yang maksimum serta untuk mencapai objektif sebenar. Keputusan selepas analisis akhir menunjukkan Rekabentuk 2 yang diperbuat daripada aluminium mempunyai faktor keselamatan yang optimum iaitu 6.59 dan mempunyai jisim yang ringan iaitu 0.122kg. Tanpa mengira kos, sememangnya aluminium adalah pilihan yang terbaik untuk menghasilkan rod penghubung yang mempunyai kekuatan yang maksimum dan jisim yang optimum.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Internal combustion engines -- Design and construction.
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
Divisions: Library > Final Year Project > FKM
Depositing User: Ahmad Abu Bakar
Date Deposited: 04 Jun 2013 08:53
Last Modified: 28 May 2015 03:53
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/8034

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year