Mohd Helmi , Hamidin (2007) Sistem Penderia Partikel Habuk. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)
![]() |
PDF (24 Pages)
Sistem_Penderia_Partikel_Habuk_Mohd_Helmi_B_Hamidin_-_24_Pages.pdf - Submitted Version Download (1MB) |
![]() |
PDF (Full Text)
Sistem_Penderia_Partikel_Habuk_Mohd_Helmi_B_Hamidin_.pdf - Submitted Version Restricted to Registered users only Download (4MB) |
Abstract
Sistem Penderia Partikel Habuk merupakan satu sistem pengesan habuk yang boleh digunakan di dalam bangunan atau kediaman bagi tujuan memberitahu pengguna bahawa tempat tersebut mempunyai kadar habuk yang tinggi. Sistem ini kebiasaannya akan diletakkan di dalam bilik berhawa dingin seperti bilik komputer bagi tujuan pengawalan habuk. Dengan adanya sistem ini pengguna dapat mengetahui bahawa tempat atau bilik tersebut mempunyai kadar habuk yang tinggi dan perlu dibersihkan dengan segera. Secara asasnya Sistem Penderia Partikel Habuk ini menggunakan infra merah (IR) sebagai penghantar dan penerima data kerana gelombang infra merah digunakan secara meluas sebagai medium komunikasi jarak pendek seperti kawalan jauh untuk televisyen. Kelebihan menggunakan gelombang infra merah sebagai penghantar dan penerima adalah kerana mudah untuk pemasangan, kos yang rendah, penggunaan kuasa yang rendah dan selamat dari tersebar luas kepada gelombang yang lain. Secara keseluruhannya Sistem Penderia Partikel Habuk ini berfungsi sebagai alat pengesan habuk di mana apabila terdapat kadar habuk yang tinggi isyarat akan dihantar melalui infra merah dan satu LED akan menyala di mana LED akan ditempatkan di penerima infra merah bertujuan memberitahu pengguna bahawa kawasan atau bilik tersebut mempunyai kadar habuk yang tinggi.
Item Type: | Final Year Project (Project Report) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Infrared technology, Detectors -- Design and construction |
Subjects: | T Technology > T Technology (General) T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General) |
Divisions: | Library > Final Year Project > FKEKK |
Depositing User: | Mohd Syahrizal Mohd Razali |
Date Deposited: | 26 Jul 2013 22:01 |
Last Modified: | 28 May 2015 03:53 |
URI: | http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/7999 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |