Browse By Repository:

 
 
 
   

Pembuatan Dan Karakterisasi Kitosan Dari Sisa Kulit Udang Dan Cengkerang Ketam

Hussain, Noor Wahidayu (2012) Pembuatan Dan Karakterisasi Kitosan Dari Sisa Kulit Udang Dan Cengkerang Ketam. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 Pages)
Pembuatan_Dan_Karakterisasi_Kitosan_Dari_Sisa_Kulit_Udang_Dan_Cengkerang_Ketam_-_24_Pages.pdf - Submitted Version

Download (446kB)
[img] PDF (Full Text)
Pembuatan_Dan_Karakterisasi_Kitosan_Dari_Sisa_Kulit_Udang_Dan_Cengkerang_Ketam.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (5MB)

Abstract

Kitosan merupakan polimer yang bebas toksik dan terhasil dari proses deasetilasi kitin. Ianya merupakan bahan industri yang memiliki nilai komersial dan ekonomi yang sangat baik. Aplikasi kitosan adalah sangat meluas merangkumi aplikasi dalam bidang perubatan dan kesihatan, bidang kosmetik, industri pengawetan makanan, industri jana kuasa dan lain-lain lagi. Namun, sifat-sifat dan kualiti kitosan dipengaruhi kuat oleh kaedah semasa fasa pembuatannya. Parameter seperti suhu,kepekatan larutan kimia, saiz partikel bahan asas dan beberapa faktor lain menyumbang kepada kualiti kitosan yang beragam dan tidak tetap. Tujuan penilitian ini adalah bagi menghasilkan produk kitosan dengan kaedah kimia dan menjalankan karakterisasi ke atas sifat-sifat produk kitosan merangkumi sifat fizikal, mekanikal, terma dan pencirian secara elemental. Kaedah kimia digunakan bagi penghasilan produk kitosan di mana bahan asas (kulit udang dan cengkerang ketam) menjalani dua tahap reaksi kimia iaitu tahap pendahuluan (isolasi kitin) dan tahap lanjutan (deasetilasi kitin). Karakterisasi dibuat bagi mendapatkan data perubahan produk kitosan sepanjang dan selepas selesai proses pembuatannya. Misalannya, perubahan struktur kimia untuk kitosan akan dikenalpasti dengan menggunakan instrumen FTIR. Perbezaan kualiti dari kitosan yang terhasil dari kedua-dua jenis bahan mentah akan dianalisis. Analisis sifat-sifat kitosan adalah sesuatu yang kritikal di mana melalui hasil pencirian ini, kesimpulan akan dibuat sama ada produk kitosan yang dihasilkan ini boleh digunakan ataupun tidak.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Chitosan
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TP Chemical technology
Divisions: Library > Final Year Project > FKM
Depositing User: Mi Azian Ab. Karim
Date Deposited: 26 Jul 2013 22:02
Last Modified: 28 May 2015 03:53
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/7956

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year