Browse By Repository:

 
 
 
   

Merekabentuk Dan Menganalisis Jisim Optimum Pada Kawalan Lengan Atas

Nazran, Ahmad Sufian (2012) Merekabentuk Dan Menganalisis Jisim Optimum Pada Kawalan Lengan Atas. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 Pages)
Merekabentuk_Dan_Menganalisis_Jisim_Optimum_Pada_Kawalan_Lengan_Atas_-_24_Pages.pdf - Submitted Version

Download (188kB)
[img] PDF (Full Text)
Merekabentuk_Dan_Menganalisis_Jisim_Optimum_Pada_Kawalan_Lengan_Atas.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Komponen automotif pada masa kini seperti kawalan lengan atas adalah lebih ringan dan berkualiti daripada kawalan lengan atas pada zaman yang lalu berikutan teknologi-teknologi masa kini yang lebih canggih dan moden. Oleh itu, terdapat banyak kebaikan hasil daripada terknologi sekarang kerana ia dapat menyediakan kecekapan bahan api yang tinggi, meningkatkan prestasi kenderaan, mengurangkan pelepasan gas ekzos, mengurangkan jisim kenderaan, menjimatkan kos pembuatan dan juga mengurangkan kos hasil galian ataupun bahan mentah. Disamping itu, bentuk strutur dan sistem topologi yang besar keatas prestasi kawalan lengan atas dititikberatkan daripada segi kekuatan, ketegaran dan kelesuan. Kajian ini mencadangkan satu kaedah pengoptimuman struktur dan jisim bagi kawalan lengan atas pada sistem penggantungan sesebuah kenderaan. Kawalan lengan atas boleh direkabentuk dengan merekabentuk struktur yang canggih serta teknologi bahan yang tinggi. Prestasi kekuatan, ketegaran dan titik kelesuan adalah keperluan untuk merekabentuk struktur kawalan lengan atas. Penggunaan perisian lukisan berbantukan komputer telah digunakan bagi memudahkan penghasilan merekabetuk dan menganalisis rekabentuk yang sesuai serta pemilihan bahan-bahan yang sesuai bagi mendapat rekabentuk sistem penggantungan yang kukuh serta kuat. Perisian CATIA V5R12 telah digunakan untuk merekabentuk dan menganalisis bagi kawalan lengan atas daripada segi kekuatan, ketegaran dan titik kelesuan. Hasil merekabentuk dan menganalisis yang telah dibuat. Keputusan yang telah diperoleh sangat menepati kehendak objektif didalam projek ini.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Structural optimization
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
Divisions: Library > Final Year Project > FKM
Depositing User: Mi Azian Ab. Karim
Date Deposited: 25 Jul 2013 22:57
Last Modified: 28 May 2015 03:52
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/7852

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year