Browse By Repository:

 
 
 
   

Konsistensi Penjana Titisan Dalam Menghasilkan Saiz Dan Selang Masa Titisan

Noor Hasriq, Mohammad (2012) Konsistensi Penjana Titisan Dalam Menghasilkan Saiz Dan Selang Masa Titisan. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 Pages)
Konsistensi_Penjana_Titisan_Dalam_Menghasilkan_Saiz_Dan_Selang_Masa_Titisan_-_24_Pages.pdf - Submitted Version

Download (312kB)
[img] PDF (Full Text)
Konsistensi_Penjana_Titisan_Dalam_Menghasilkan_Saiz_Dan_Selang_Masa_Titisan.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Kepentingan kajian ini adalah untuk memberikan maklumat yang tepat bagi menambahbaik dan meningkatkan keberkesanan sebarang ujikaji lain yang menggunakan penjana titisan. Kajian ini membandingkan dua kaedah penjanaan titisan yang berbeza dalam menghasilkan saiz dan selang masa titisan yang malar. Kaedah pertama (jenis A) menggunakan jarum dan injap yang dipasang terus pada tangki manakala kaedah kedua (jenis B) ia ditambah dengan tiub dan injap yang lebih jitu. Laser inframerah dan alat pengesan digunakan bagi mengesan dan mengira jumlah titisan yang menitis dari jarum ke penakung dan juga memberi nilai selang masa titisan bagi dua titisan yang berturut-turut. Ketinggian dari hujung jarum ke penakung dilaraskan bagi mengkaji kesan ketinggian dalam menghasilkan saiz dan selang masa titisan yang malar. Pada akhir kajian ini data diameter dan selang masa titisan bagi jenis bio-diesel, saiz jarum dan ketinggian yang berbeza diperolehi. Hasil daripada data ujikaji bagi dua kaedah tersebut dibandingkan. Analisis dilakukan bagi menentukan pendekatan penjana titisan yang berkesan dalam menghasilkan saiz dan selang masa titisan yang malar. Dalam kajian ini, didapati penjana titisan jenis B lebih sesuai digunakan bagi menghasilkan saiz dan selang masa titisan yang malar kerana penjana titisan jenis ini dapat menghasilkan saiz diameter titisan dan selang masa titisan yang malar dalam tempoh yang lama dari permulaan sehingga ke pengakhiran ujikaji. Sebagai kesimpulan daripada kajian ini, ia menunjukkan kaedah penjana titisan, saiz jarum dan ketinggian dari hujung jarum ke penakung mempengaruhi data yang diperolehi.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Automatic timers, Electric relays
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
Divisions: Library > Final Year Project > FKM
Depositing User: Mi Azian Ab. Karim
Date Deposited: 26 Jul 2013 21:51
Last Modified: 28 May 2015 03:52
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/7847

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year