Browse By Repository:

 
 
 
   

Pembangunan Aloi Ferus Terkimpal Dengan Retak Permukaan Sebagai Spesimen Ujian Tanpa Musnah

Mohamad Syahrul Aswadi , Mohamad (2007) Pembangunan Aloi Ferus Terkimpal Dengan Retak Permukaan Sebagai Spesimen Ujian Tanpa Musnah. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 pages)
Pembangunan_Aloi_Ferus_Terkimpal_Dengan_Retak_Permukaan_sebagai_Spesimen_Ujian_Tanpa_Musnah_Mohamad_Syahrul_Aswadi_Mohamad-TA_417.2.M79_2007.pdf24pages.pdf - Submitted Version

Download (3MB)
[img] PDF (Full Text)
Pembangunan_Aloi_Ferus_Terkimpal_Dengan_Retak_Permukaan_sebagai_Spesimen_Ujian_Tanpa_Musnah_Mohamad_Syahrul_Aswadi_Mohamad-TA_417.2.M79_2007.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (11MB)

Abstract

Kajian yang dilakukan adalah berkaitan dengan retak permukaan bagi aloi ferns dan pengesahan keretakan dengan menggunakan ujian yang terdapat di dalam bidang Ujian Tanpa Musnah (NDT). Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui ukuran piawai spesimen, teknik penghasilan retak permukaan spesimen, jenis kimpalan yang digunakan dan teknik pengesahan yang digunakan. Pada peringkat permulaan ukuran piawai spesimen akan disediakan sebelum pemotongan dilakukan. Kimpalan arka akan digunakan bagi menghasilkan retak pada permukaan spesimen. Hasil daripada kimpalan ini, teknik penghasilan retak akan dibuat.Ujian Zarah Magnetik dan Ujian Ultrasonik digunakan untuk pengesahan retak. Daripada kajian ini sebanyak dua jenis spesimen disediakan iaitu bentuk V dan juga bentuk T. Setiap bentuk spesimen yang dihasilkan adalah terdiri daripada tiga spesimen yang mempunyai retak yang berlaianan. Antara retak yang dihasilkan adalah toe,root,porosity, center crack. Teknik yang digunakan untuk menghasilkan retak adalah dengan memanaskan spesimen kurang daripada takat lebur dan akan dikenakan daya hentakan pada spesimen. Selain itu juga bendasing akan dimasukkan semasa kerja kimpalan di lakukan. Panjang retak yang terhasil adalah berbeza antara satu sama lain. Panjang retak ini adalah di dalam lingkungan 10 hingga 30 mm bagi jenis retak yang dihasilkan.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Welding, Electric welding, Non-destructive testing -- Data processing, Iron alloys -- Mechanical properties
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
Divisions: Library > Final Year Project > FKM
Depositing User: Siti Syahirah Ab Rahim
Date Deposited: 20 Jun 2013 02:23
Last Modified: 28 May 2015 03:51
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/7752

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year