Browse By Repository:

 
 
 
   

Sistem Kawalan Rumah Berautomasi

Ridzuan , Samat (2007) Sistem Kawalan Rumah Berautomasi. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 Pages)
Sistem_Kawalan_Rumah_Berautomasi_-_24_pages.pdf - Submitted Version

Download (2MB)
[img] PDF (Full Text)
Sistem_Kawalan_Rumah_Berautomasi.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (17MB)

Abstract

Projek yang bakal dihasilkan ini adalah berk.isar kepada konsep kawalan rumah berautomasi. Secara amnya kebanyakan perkakasan elektrik seperti tv, radio, penyejuk udara, lampu, dan sebagainya dikawal secara berasingan dengan alat kawalan masing-masing. Dalam konsep kawalan rumah berautomasi ini kawalan bagi beberapa perkakasan elektrik akan digabungkan dalam satu alat kawalan jauh pelbagai guna (multipurpose remote control) dengan menggunakan mikropengawal (micro controller), infrared (IR) atau frekuensi gelombang radio (RF). Sistem ini juga menggunakan litar pengekod (encoder) dan penyahkod (decoder) sebagai modul penghantar (transmitter) dan penerima (receiver) dalam proses perhubungan isyarat digital (interface circuit). Penghantar mempunyai butang yang berbeza-beza dan ianya akan menghantar isyarat masukan kepada modul kawalan. Modul kawalan akan menerima isyarat dan menganalisis data yang diterima dan seterusnya menghidupkan peranti yang dipilih. Di samping itu juga kawalan keselamatan direka bentuk dengan menggabungkan modul lkawalan dengan beberapa jenis penderia seperti pengesan kecurian dan kebakaran. Alat penggera seperti alarm dan lampu digunakan sebagai petunjuk untuk sistem keselamatan ini. Hasil projek yang akan dihasilkan ini diharap dapat membantu dan memudahkan urusan harian dan juga keselamatan pengguna dalam menjalani kehidupan yang serba canggih ini.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Automatic control, Programmable controllers, Security systems
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
Divisions: Library > Final Year Project > FKE
Depositing User: Nor Ridzuan S.Kasehan
Date Deposited: 26 Jul 2013 21:50
Last Modified: 28 May 2015 03:51
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/7726

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year