Browse By Repository:

 
 
 
   

Penyediaan Komposit Diperkuat Gentian Kelapa Sawit Menggunakan Teknik Pemprosesan Konvensional

Zatil Hazrati, Kamaruddin (2011) Penyediaan Komposit Diperkuat Gentian Kelapa Sawit Menggunakan Teknik Pemprosesan Konvensional. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 Pages)
Penyediaan_Komposit_Diperkuat_Gentian_Sawit_Menggunakan_Teknik_Pemprosesan_Konvensional_-_24_Pages.pdf - Submitted Version

Download (236kB)
[img] PDF (Full Text)
Penyediaan_Komposit_Diperkuat_Gentian_Sawit_Menggunakan_Teknik_Pemprosesan_Konvensional.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Gentian kelapa sawit ialah gentian yang diestrak daripada buah kelapa sawit yang kosong dimana semasa proses pembuatan gentian kelapa sawit, tandan buah kelapa sawit kosong perlu diparut dan dipisahkan sehingga menjadi halus dan kering. Pada masa kini, gentian kelapa sawit telah banyak digunakan dalam pelbagai industri dimana gentian itu adalah mudah dihasilkan serta menjimatkan kos perbelanjaan. Objektif kajian ini dijalankan untuk mengkaji sifat mekanikal dan sifat fizikal ke atas komposit diperkuat gentian kelapa sawit. Untuk mencapai objektif di atas, skop telah dilakukan dengan mengenalpasti ciri-ciri dan sifat komposit diperkuat gentian kelapa sawit, menggunakan kaedah pemprosesan yang bersesuaian iaitu penghasilan melalui proses campuran gentian kelapa sawit, poliester dan penguat untuk menghasilkan komposit diperkuat gentian kelapa sawit dan mengendalikan teknik untuk analisis bahan iaitu sifat mekanikal dan sifat fizikal ke atas komposit diperkuat gentian kelapa sawit melalui ujian tegangan, ujian kadar serap air dan ujian ketumpatan pukal. Terdapat enam sampel komposit yang diperkuat yang berlainan komposisi gentian bermula dari 10%, 20%, 30%, 40%, 50% dan 60% gentian kelapa sawit dihasilkan. Hasil kajian ini mendapati sampel C komposit yang diperkuat gentian kelapa sawit dengan 30% gentian kelapa sawit adalah sampel yang mempunyai sifat mekanikal yang terbaik iaitu mempunyai kekuatan alah dan kekuatan tegang yang paling tinggi dengan nilai bacaan sebanyak 19.49 MPa dan nilai modulus elastik 1705.68 MPa. Sampel C komposit yang diperkuat gentian kelapa sawit mempunyai nilai optimum kadar serap air sebanyak 12.07% dan juga nilai optimum ketumpatan pukal 43.23.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Plant fibers, Composite materials -- Analysis, Strains and stresses
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
Divisions: Library > Final Year Project > FKM
Depositing User: Mi Azian Ab. Karim
Date Deposited: 23 May 2013 02:51
Last Modified: 28 May 2015 03:50
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/7536

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year