Browse By Repository:

 
 
 
   

Penggerak Bendera Dengan Kawalan Jauh ('Flag Raising Remote Control')

Mohd Faizal , Basarudin (2007) Penggerak Bendera Dengan Kawalan Jauh ('Flag Raising Remote Control'). Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 Pages)
Penggerak_Bendera_Dengan_Kawalan_Jauh_-_24_pages.pdf - Submitted Version

Download (2MB)
[img] PDF (Full Text)
Penggerak_Bendera_Dengan_Kawalan_Jauh2.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (6MB)

Abstract

Tajuk projek ini ialah Penggerak Bendera dengan Kawalan Jauh ( Flag Raising Remote Control '). Projek ini berfungsi untuk menaikkan bendera menggunakan motor di mana ia dik.awal oleh beberapa litar utama di antaranya ialah litar kawalan utarna, litar kawalan kelajuan motor, litar bekalan kuasa 12Vat dan litar pemasa. Sebelum ini, bendera dinaikkan secara manual iaitu menggunakan tenaga manusia. Kelajuan kenaikan bendera tidak seiringan dengan lagu yang dimainkan. Oleh itu, projek ini direkacipta kerana kelajuan motor dapat dikawal mengikut ketinggian tiang dan tempoh masa lagu yang akan dinyanyikan. Beberapa analisis litar telah dilakukan untuk menjayakan projek ini. Fungsi kipas angin ialah untuk menghasilkan tenaga angin supaya dapat mengibarkan bendera walaupun pada masa tersebut tiada angin yang bertiup . Ini kerana ketika tiada angin yang bertiup, bendera tidak dapat berkibar sepenuhnya. Litar pemasa yang digunakan adalah bertujuan untuk mengaktifkan kipas angin selama 12 jam supaya dapat rnenghadkan penggunaan elektrik selama 12 jam mulai 7 pagi hingga 7 malam. Masa pengaktifan kipas angin boleh ditetapkan bergantung kepada kehendak pengguna. Selepas 12 jam, bendera akan bergerak turun secara automatik. Ketika berlakunya kematian kerabat diraja, ia boleh dikawal secara manual di mana bendera dapat dinaikkan ke paras separuh tiang apabila suis pemula ditekan tanpa melepaskannya. Setelah bendera berada di separuh tiang, suis pemula tersebut dilepaskan. Oleh itu, hasil projek ini ialah untuk menyelesaikan segala masalah yang timbul sebelum ini.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Automatic control, Flags -- Malaysia, Remote control
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
Divisions: Library > Final Year Project > FKE
Depositing User: Nor Ridzuan S.Kasehan
Date Deposited: 14 Jun 2013 01:07
Last Modified: 28 May 2015 03:50
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/7535

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year