Browse By Repository:

 
 
 
   

Pembuka Nat Roda Kenderaan Daya Kilas Rendah

Ikhwan Hakim, Mat Idera (2012) Pembuka Nat Roda Kenderaan Daya Kilas Rendah. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 Pages)
Pembuka_Nat_Roda_Kenderaan_Daya_Kilas_Rendah_-_24_Pages.pdf - Submitted Version

Download (717kB)
[img] PDF (Full Text)
Pembuka_Nat_Roda_Kenderaan_Daya_Kilas_Rendah.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (12MB)

Abstract

Berdasarkan peningkatan taraf hidup di Malaysia, boleh dikatakan setiap keluarga mempunyai sekurang-kurangnya sebuah kereta untuk bergerak dengan mudah dan cepat ke mana-mana sahaja. Jadi boleh dikatakan kereta merupakan aset penting bagi sesebuah keluarga. Dengan peningkatan jumlah kereta bermakna keperluan dan kemudahan baik pulih kenderaan juga perlu seiring dengan peningkatan tersebut. Setiap pengeluar kereta sekarang akan menyertakan alat pembuka nat roda serta jek kereta untuk menggantikan tayar jika tayar kereta pancit tetapi alat tersebut didapati sukar untuk digunakan disebabkan memerlukan daya yang banyak dan masa membuka yang lama. Dari situlah lahirnya idea untuk mencipta sebuah pembuka nat roda yang dapat membuka empat nat dalam sesuatu masa. Alat pembuka nat roda tersebut haruslah mudah dikendalikan, ergonomik, dan dapat menyelesaikan kebanyakan masalah yang terdapat pada alat pembuka nat roda sekarang. Rekabentuknya pula mestilah kompak agar tidak menggunakan ruang yang banyak pada kenderaan. Kegunaan utama alat pembuka nat roda adalah untuk menggantikan tayar ketika kecemasan. Dengan itu, kajian dilakukan mengenai alat pembuka nat roda sedia ada termasuk komposisi tayar tersebut. Oleh itu, alat pembuka nat roda yang baru ini akan dapat mengurangkan daya serta masa untuk membuka empat tayar secara serentak.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Machine design, Automobiles -- Tires, Screw-threads
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
Divisions: Library > Final Year Project > FKM
Depositing User: Mi Azian Ab. Karim
Date Deposited: 20 Apr 2013 12:24
Last Modified: 28 May 2015 03:47
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/7187

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year