Browse By Repository:

 
 
 
   

Rekabentuk Dan Fabrikasi Pembuka Nat Tayar Kereta Pelbagai

Mohd Zakwan, Mohd Razi (2012) Rekabentuk Dan Fabrikasi Pembuka Nat Tayar Kereta Pelbagai. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (Full Text)
Rekabentuk_Dan_Fabrikasi_Pembuka_Nat_Tayar_Pelbagai.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (2MB)
[img] PDF (24 Pages)
Rekabentuk_Dan_Fabrikasi_Pembuka_Nat_Tayar_Pelbagai_-_24_Pages.pdf - Submitted Version

Download (287kB)

Abstract

Di dalam bidang automotif terdapat pelbagai peralatan yang direkabentuk untuk memudahkan para pengguna dari segi menjimatkan masa, mengurangkan daya penggunaan, produk yang berkualiti dan kos yang murah. Peralatan yang direka biasanya bersesuaian dengan keadaan yang akan digunakan pada masa kini.Seperti di dalam perlumbaan pelbagai pengubahsuaian pada kereta untuk mendapatkan kereta yang terbaik dari segi semua aspek. Di dalam setiap perlumbaan kereta dan industri automotif, masa adalah amat penting. Masa yang singkat amat diperlukan ketika berhenti di pit berhenti untuk melakukan penyelenggaraan kereta dalam perlumbaan kereta. Antara penyelenggaraan yang biasanya dilakukan ialah menukar tayar kereta. Alat yang digunakan untuk menukar tayar biasanya sangat lama kerana memerlukan memerlukan masa yang lama untuk membuka setiap nat tayar kereta. Banyak pengeluar telah mengeluarkan produk pembuka nat tayar yang dapat menjimatkan masa dan tenaga. Dengan melakukan kajian mengenai tayar kereta dan pembuka nat tayar satu alat direkabentuk untuk menjimatkan masa ketika membuka tayar. Peralatan ini boleh membuka keempat empat nat tayar kereta pada satu masa. Mekanisme pergerakan pembuka nat tayar ini adalah menggunakan prinsip gear. Empat gear kecil dan satu gear besar digunakan untuk menggerakkan nat tayar kereta. Aci akan digunkan untuk menyalurkan kuasa daripada angin mampatan kepada gear untuk membuka nat tayar. Rekabentuk peralatan ini dilukis dengan menggunakan perisan Catia. Proses fabrikasi peralatan ini menggunakan proses kimpalan Tungsten Arka Gas (TIG) di mana untuk mencantumkan komponen komponen peralatan. Eksperimen dijalankan terhadap kenderaan dan masa diambil untuk membuat perbandingan dengan peralatan yang sedia ada.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Machine design, Automobiles -- Tires, Screw-threads
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
Divisions: Library > Final Year Project > FKM
Depositing User: Mi Azian Ab. Karim
Date Deposited: 20 Apr 2013 12:41
Last Modified: 28 May 2015 03:47
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/7178

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year