Browse By Repository:

 
 
 
   

Fabrikasi Dan Memasang Alat Pemampat Gas Petroleum Cecair (GPC)

Mohamad Fikri , Mohamad Yunus (2009) Fabrikasi Dan Memasang Alat Pemampat Gas Petroleum Cecair (GPC). Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 Pages)
Fabrikasi_Dan_Memasang_Alat_Pemampat_Gas_Petroleum_Cecair_(GPC)_-_24_pages.pdf - Submitted Version

Download (84kB)
[img] PDF (Full Text)
Fabrikasi_Dan_Memasang_Alat_Pemampat_Gas_Petroleum_Cecair_(GPC).pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (13MB)

Abstract

Laporan ini merupakan kompilasi semua maklumat pengetahuan dan aktiviti yang dijalankan termasuk mengumpul data dan menganalisis data yang berkaitan dengan objektif projek iaitu merekabentuk dan memasang sistem pemampat Gas Petroleum Cecair (GPC). Laporan ini turut menerangkan bagaimana objektif projek ini ingin dicapai melalui perlaksanaan skop projek. Pada bahagian awal laporan ini, kajian penyelidikan dan mengenai GPC diterangkan. Pengenalan GPC ini merangkumi sifat-sifat semulajadi GPC, cara pemindahan GPC melalui lori tangki GPC ke dalam tangki simpanan GPC komersil dengan menggunakan pemampat dan turut membincangkan tentang komponen-komponen utama yang perlu terdapat dalam sistem kenderaan GPC. Bagi menghasilkan sistem pemampat GPC yang berkesan,fahaman tentang sifat-sifat gas perlu diketahui. Kajian dan fahaman yang mendalam tentang sifat gas turut dibincangkan dalam laporan ini. Pada bahagian akhir laporan,perlaksanaan metodologi projek dinyatakan. Metodologi projek adalah mengumpul maklumat, merekabentuk, fabrikasi dan ujikaji. Dalam merekabentuk,perisian Solid work 2003 digunakan. Proses awal fabrikasi melibatkan kerja-kerja memotong,memateri dan kerja-kerja pemasangan. Ujikaji akan dijalankan apabila kesemua bahagian dalam sistem pemampat ini telah siap dipasang. Ujikaji yang dicadangkan adalah dengan cara memindahkan GPC dari silinder simpanan GPC komersil penuh ke dalam silinder yang kosong.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Liquefied petroleum gas
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TP Chemical technology
Divisions: Library > Final Year Project > FKM
Depositing User: Nor Ridzuan S.Kasehan
Date Deposited: 02 Oct 2012 06:56
Last Modified: 28 May 2015 03:39
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/6082

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year