Browse By Repository:

 
 
 
   

Kajian Kemungkinan Menghasilkan Bahan Bakar (Biofuel) Alternatif Daripada Ubi Kayu Dan Merekabentuk Dapur Gas Etanol

Norfairuz , Mansor (2009) Kajian Kemungkinan Menghasilkan Bahan Bakar (Biofuel) Alternatif Daripada Ubi Kayu Dan Merekabentuk Dapur Gas Etanol. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 Pages)
Kajian_Kemungkinan_Menghasilkan_Bahan_Bakar_(Biofuel)......_-_24_pages.pdf - Submitted Version

Download (135kB)
[img] PDF (Full Text)
Kajian_Kemungkinan_Menghasilkan_Bahan_Bakar_(Biofuel)......2.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Harga minyak yang melambung tinggi sekarang menyebabkan negara memerlukan satu alternatif lain untuk menggantikan sumber gas asli tersebut. Sumber tersebut mesti mudah didapati dan senang diperbaharui serta berkos rendah. Objektif bagi kajian ini adalah mencari kaedah dan proses bagi menghasilkan biofuel dari ubi kayu atau isi buah durian serta merekabentuk dapur gas etanol. Alkohol merupakan bahan bakar yang sesuai untuk menggantikan gas asli. Oleh itu satu kajian mengenai pengekstrakan etanol akan dijalankan. Proses yang disebutkan itu adalah proses penapaian. Melalui proses penapaian akan terhasilnya etanol. Proses ini memerlukan sumber tanaman yang membekalkan tenaga karbohidrat. Bahan yang akan digunakan dalam proses ini sama ada ubi kayu atau isi buah durian. Nilai-nilai kalori yang terdapat dalam ubi kayu atau isi buah durian akan dikaji. Dalam kajian ini, etanol yang diperolehi akan dibuat perbandingan dengan etanol yang terdapat di makmal kimia dengan menjalankan ujian spektroskopi inframerah. Selain itu juga kemahiran merekabentuk dapur yang menggunakan aplikasi etanol akan dijalankan. Justeru, etanol yang terhasil tersebut akan diuji pada dapur gas etanol yang telah direkabentuk. Penggunaan memasak menggunakan dapur etanol, dapur gas LPG (Liquid Petroleum Gas) dan dapur minyak tanah dijalankan bagi mengkaji perbandingan di antara ketiga-tiga jenis dapur.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Biomass energy, Ethanol
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TP Chemical technology
Divisions: Library > Final Year Project > FKM
Depositing User: Nor Ridzuan S.Kasehan
Date Deposited: 02 Oct 2012 07:00
Last Modified: 28 May 2015 03:39
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/6043

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year