Browse By Repository:

 
 
 
   

Analisa Perpindahan Data Model Surface Di Antara Platfom CAD Yang Berbeza

Asfaezuddin , Zakaria (2009) Analisa Perpindahan Data Model Surface Di Antara Platfom CAD Yang Berbeza. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 Pages)
Analisa_Perpindahan_Data_Model_Surface_Di_Antara_Platfom_Cad_Yang_Berbeza_-__24_Pages.pdf - Submitted Version

Download (1MB)
[img] PDF (Full Taxt)
Analisa_Perpindahan_Data_Model_Surface_Di_Antara_Platfom_Cad_Yang_Berbeza_-__Full_Taxt.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (6MB)

Abstract

Pertukaran data model CAD (Computer Aided Design) 3D dari satu perisian ke perisian yang berbeza menjadi keperluan di dalam bidang kejuruteraan. Perpindahan data biasanya dilakukan apabila sesuatu data CAD ingin disunting dengan menggunakan perisian yang lain atau data CAD tersebut dipindahkan ke mesin prototaip pesat untuk penghasilan prototaip. Perpindahan data CAD boleh dilakukan dengan menggunakan empat cara iaitu pertukaran data menggunakan perisian khas, pertukaran data perisian CAD ke perisian yang lain secara terus, pertukaran data CAD melalui format neutral IGES dan STEP dan pertukaran data CAD ke format STL. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji permasalahan yang berlaku semasa perpindahan data model surface yang dilukis dengan menggunakan perisian SolidWorks, CATIA dan UGS NX5. Data model air freshener jenama Airwick dihasilkan dengan menggunakan kaedah surface dikaji permasalahannya selepas perpindahan data. Kajian tertumpu kepada dimensi model, struktur dan bahagian-bahagian yang terdapat pada model tersebut. Hasil daripada kajian menunjukkan bahawa tiada perbezaan dimensi yang berlaku kepada bahagianbahagian kritikal apabila perpindahan CAD kepada CAD dan CAD kepada format IGES dan STEP dilakukan. Terdapat perbezaan ruang diantara surface data berformat IGES dengan data asal bagi perisian CATIA sebanyak 0.056mm dan 0.00749mm bagi perisian SolidWorks. Perbandingan dimensi antara prototaip pesat dari data pengimbas 3D dan data konvensional juga dibincangkan.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Software engineering , Computer-aided design, Artificial intelligence -- Data processing, Engineering design -- Data processing
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
Divisions: Library > Final Year Project > FKM
Depositing User: Mr. Thaqif Mohd Isa
Date Deposited: 13 Sep 2012 07:05
Last Modified: 28 May 2015 03:37
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/5776

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year