Browse By Repository:

 
 
 
   

Kajian Perubahan Bentuk Plastik Terhadap Daya Lenturan Melalui Kaedah Ujikaji

Reza Assad, Zakaria (2009) Kajian Perubahan Bentuk Plastik Terhadap Daya Lenturan Melalui Kaedah Ujikaji. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 Pages)
Kajian_Perubahan_Bentuk_Plastik_Terhadap_Daya_lenturan_Melalui_Kaedah_Ujikaji_-24_Pages.pdf - Submitted Version

Download (150kB)
[img] PDF (Full Taxt)
Kajian_Perubahan_Bentuk_Plastik_Terhadap_Daya_lenturan_Melalui_Kaedah_Ujikaji_-_Full_Taxt.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk menjalankan ujikaji sifat perubahan plastik pada bahan spesimen seperti yang digunakan dalam struktur badan bas masa kini. Dua kaedah akan digunakan untuk menjalankan kajian ini adalah kaedah analitikal dan kaedah eksperimen/ujikaji. Pada peringkat permulaan, kaedah analitikal akan dikaji untuk mengenalpasti daya yang diperlukan, di mana daya yang diperolehi ini seterusnya akan digunakan bagi menjalankan kaedah eksperimen/ujikaji. Daya yang diperolehi ini akan dijadikan rujukan semasa menjalankan kaedah eksperimen/ujikaji. Namun, daya yang sebenar untuk spesimen mencapai tahap keadaan kenyal/plastik akan diketahui dari kaedah eksperimen/ujikaji ini. Perbandingan data di antara kaedah analitikal dan kaedah eksperimen/ujikaji dijalankan seterusnya dapat mengesahkan sifat perubahan plastik pada bahan spesimen tersebut. Hasil yang diperolehi dalam kajian ini adalah lengkukan setempat telah berlaku sebelum bahan spesimen mencapai keadaan perubahan bentuk plastik dan menyebabkan bahan spesimen mengalami kegagalan secara keseluruhannya.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Strength of materials, Plastic analysis (Engineering), Elasticity, Plasticity
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
Divisions: Library > Final Year Project > FKM
Depositing User: Mr. Thaqif Mohd Isa
Date Deposited: 12 Sep 2012 07:52
Last Modified: 28 May 2015 03:37
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/5774

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year