Browse By Repository:

 
 
 
   

Kajian Pembahagian Aliran Tenaga Untuk Penggunaan Tenaga Cekap

Mohd Fauzi, Ab Rahman (2009) Kajian Pembahagian Aliran Tenaga Untuk Penggunaan Tenaga Cekap. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 Pages)
Kajian_Pembahagian_Aliran_Tenaga_Untuk_Penggunaan_Tenaga_cekap_-_24_Pages.pdf - Submitted Version

Download (165kB)
[img] PDF (Full Taxt)
Kajian_Pembahagian_Aliran_Tenaga_Untuk_Penggunaan_Tenaga_cekap_-_Full_Taxt.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Pada masa kini, audit tenaga merupakan suatu perkara yang biasa dilakukan oleh syarikat perkhidmatan tenaga bagi meningkatkan penggunaan tenaga secara berkesan bagi sesebuah babngunan. Sehubungan dengan itu, audit tenaga mempunyai peranan yang besar dalam memastikan kejayaan sesebuah syarikat dalam melaksanakan projek. Terdapat beberapa jenis audit tenaga yang biasa digunakan oleh jurutera tenaga. Pendekatan yang komprehensif dan sistematik dalam mengenalpasti dan mencadangkan kos yang efektif bagi mengukur dan memelihara kelestarian tenaga bagi sesebuah bangunan akan dibangunkan. Audit tenaga merupakan kajian mengenai kadar penggunaan tenaga pada sesuatu kawasan. Oleh itu suatu kajian dijalankan terhadap bangunan SMK Ayer Keroh, Melaka adalah bertujuan untuk mengaudit tenaga yang digunakan terutamanya untuk mendapat nilai kecekapan tenaga yang digunakanan kajian ini juga adalah untuk mengoptimumkan penggunaan tenaga secara minima dan memberi keselesaan yang maksima dalam bangunan tersebut. Objektif utama kajian ini adalah untuk mencari cara-cara pengalihan pengaliran tenaga yang selayaknya dan perbelanjaan bagi penggunaan tenaga simpanan. pengauditan ini dilakukan secara membandingkan jumlah penggunaan tenaga elektrik untuk bangunan tersebut pada setiap tahun selama dengan data yang di perolehi. Kawasan-kawasan di dalam bangunan tersebut di bahagikan mengikut zon atau kawasan untuk menjalankan kaedah pengukuran dari segi suhu,pencahayaan,kelembapan relatif, halaju udara dan jumlah elektrik. Dalam kajian pada bangunan tersebut juga data fizikal seperti jenis bahan binaan yang digunakan, keluasan dan ketinggian pada setiap aras. Dalam kajian yang di lakukan menerusi kajian ilmiah dan sumber bacaan dari jurnal-jurnal didapati jumlah penggunaan tenaga dalam bangunan boleh di kurangkan dengan penambahbaikan sistem kawaalan suhu arus elektrik yang digunakan dan kerja-kerja pengubahsuian di kawasan atau zon yang didapti menggunakan tenaga yang besar.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Total energy systems (On-site electric power production), Ventilation, School buildings -- Energy conservation
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
Divisions: Library > Final Year Project > FKM
Depositing User: Mr. Thaqif Mohd Isa
Date Deposited: 13 Sep 2012 07:17
Last Modified: 28 May 2015 03:37
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/5769

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year