Browse By Repository:

 
 
 
   

Kajian Ke Atas Bahan Buangan Sebagai Bahan Menjimatkan Tenaga Di Dalam Sektor Pembinaan

Mohamad Elfizi, Serat (2009) Kajian Ke Atas Bahan Buangan Sebagai Bahan Menjimatkan Tenaga Di Dalam Sektor Pembinaan. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 Pages)
Kajian_Ke_Atas_Bahan_Buangan_Sebagai_Bahan_Menjimatkan_Tenaga_Di_Dalam_Sektor_Pembinaan_-_24_Pages.pdf - Submitted Version

Download (316kB)
[img] PDF (Full Taxt)
Kajian_Ke_Atas_Bahan_Buangan_Sebagai_Bahan_Menjimatkan_Tenaga_Di_Dalam_Sektor_Pembinaan_-_Full_Taxt.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menghasilkan bahan binaan daripada bahan kitar semula bagi menjimatkan penggunaan tenaga dalam sesebuah bangunan. Kajian ini dibuat keatas beg plastik dan kadbod yang digabungkan dengan bahan pengikat untuk menghasilkan dinding bangunan yang menjimatkan kos serta kukuh. Kajian ini dilakukan untuk membandingkan jumlah berat, isipadu dan ketumpatan sampel bata kajian dengan sampel bata yang sedia ada di pasaran. Kajian juga akan membandingkan kadar pemindahan haba, beban penyejukan dan sifat ketahanan. Kajian ini terhasil daripada beberapa masalah yang dikenal pasti. Antara masalah utama adalah masalah pembuangan sampah yang tidak teratur, masalah pencemaran daripada kilang kitar semula, harga bahan binaan yang meningkat dan masalah penggunaan tenaga yang berlebihan dalam sesebuah bangunan. Dengan ini, sebanyak 5 sampel bata kajian telah dibuat dengan nisbah bahan buangan yang berlainan. Bagi sumber haba, haba yang dibekalkan pada setiap sampel bata adalah sama. Penebat haba ditutupi keliling bata supaya haba mengalir pada satu dimensi. Nilai kekonduksian, nilai rintangan dan nilai pekali keseluruhan pemindahan haba akan dikira sebagai keputusan ujikaji ini. Bagi proses simulasi beban penyejukan, rekaan dimensi, nilai parameter dan fizikal bangunan harus ditentukan dahulu. Nilai-nilai ini akan dimasukkan ke pangkalan data dan akan dianalisiskan menggunakan perisian Carmel Residential 5.0. Beban penyejukan akan direkodkan sebagai keputusan. Ujikaji beban mampatan adalah ujikaji tambahan bagi kajian ini. Ujikaji ini akan menentukan nilai beban mampatan maksimum yang dapat ditampung setiap bata. Bata yang telah siap dikeluarkan daripada acuan dan diletakkan diatas jog dimana tempat sampel bahan yang hendak dimampatkan

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Recycling (Waste, etc.), Buildings -- Energy conservation, Waste products, Building materials, Waste products -- Recycling
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
Divisions: Library > Final Year Project > FKM
Depositing User: Mr. Thaqif Mohd Isa
Date Deposited: 13 Sep 2012 07:43
Last Modified: 28 May 2015 03:37
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/5759

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year