Browse By Repository:

 
 
 
   

Fabrikasi Dan Analisis Komposit Diperkuat Gentian Di Bawah Beban Paksi

Mohd Nursarhan , Rosdi (2008) Fabrikasi Dan Analisis Komposit Diperkuat Gentian Di Bawah Beban Paksi. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 Pages)
Fabrikasi_Dan_Analisis_Komposit_Diperkuat_Gentian_Di_Bawah_Beban_Paksi_-_24_Pages.pdf - Submitted Version

Download (1MB)
[img] PDF (Full Taxt)
Fabrikasi_Dan_Analisis_Komposit_Diperkuat_Gentian_Di_Bawah_Beban_Paksi_-_Full_Taxt.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (3MB)

Abstract

Bahan komposit merupakan bahan kejuruteraan moden dan telah dijadikan pengganti kepada penggunaan bahan kejuruteraan konvensional yang lain. Aplikasinya banyak melibatkan industri penerbangan di mana keringanan sesuatu komponen dititikberatkan. Komposit ini terdiri daripada pelbagai jenis seperti komposit polimer matriks (PMC), komposit logam matriks (MMC) dan komposit seramik matriks (CMC). Komposit dihasilkan melalui pelbagai kaedah fabrikasi seperti pelapisan tangan, belitan filamen, suntikan acuan dan sebagainya. Pemilihan kaedah fabrikasi ini bergantung pada struktur yang hendak dibina dan skala penghasilan. Kajian mengenai komposit telah lama dijalankan dan masih diteruskan sehingga sekarang untuk mencapai sifat yang ideal bagi komposit seperti ringan, daya ketahanan yang tinggi dan sebagainya. Kajian di bawah beban paksi akan dijalankan bagi salah satu bahan komposit iaitu komposit diperkuat gentian kaca bagi menentukan sifat komposit ini apabila dikenakan beban paksi pada kadar kelajuan yang berbeza. Kaedah yang dipilih untuk menyediakan spesimen dalam uji kaji ini ialah cara pelapisan tangan. Spesimen kemudiannya akan diuji dengan menggunakan mesin tegangan (Ultimate Tensile Machine). Data yang terhasil ini akan dianalisis dan dibuat perbandingan.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Strains and stresses, Composite materials -- Analysis
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
Divisions: Library > Final Year Project > FKM
Depositing User: Mr. Thaqif Mohd Isa
Date Deposited: 11 Sep 2012 02:58
Last Modified: 28 May 2015 03:37
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/5740

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year