Browse By Repository:

 
 
 
   

Merekabentuk Sistem Mekanisme Penutup Untuk Tiub Pengumpul Darah

Mohd Halme, Ahmad (2008) Merekabentuk Sistem Mekanisme Penutup Untuk Tiub Pengumpul Darah. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 Pages)
MerekaBentuk_Sistem_Mekanisme_Penutup_Untuk_Tiub_Pengumpul_Darah_-_24_Pages.pdf - Submitted Version

Download (260kB)
[img] PDF (Full Taxt)
MerekaBentuk_Sistem_Mekanisme_Penutup_Untuk_Tiub_Pengumpul_Darah_-_Full_Taxt.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Tiub pengumpulan darah (vacumtainer) merupakan salah satu alat yang digunakan untuk tujuan pemeriksaan kesihatan. Kadar penggunaan vacumtainer ini meningkat dari semasa ke semasa, menyebabkan kerajaan terpaksa mengimport alat ini dari negara luar. Sehingga kini tiada penguasaha tempatan yang mampu untuk menghasilkan alat ini. Satu kajian mengenai vakum yang tercipta dalam alat ini telah dilakukan tetapi tidak merangkumi bahagian penutup. Oleh yang demikian, cadangan telah dibuat untuk merekabentuk mekanisme yang boleh menutup tabung pengumpulan darah tersebut. Proses mekanisme mesin penutup ini dijalankan dengan menggunakan kaedah merekabentuk, dari segi menjana keperluan mesin, sehinggalah penghasilan rekabentuk terperinci. Mesin yang telah direkabentuk menggunakan konsep modular, yang mana ianya digunakan untuk sebarang saiz tiub pengumpulan darah dengan hanya menukar beberapa modul berlainan yang mempunyai saiz yang sama. Spesifikasi rekabentuk mesin ini dibuat berdasarkan spesifikasi kejuruteraan yang dipilih dan analisis yang dibuat dengan mengkaji struktur komponen dalam mesin ini. Hasil daripada kajian ini, saya telah mempelajari tentang proses pembangunan mesin yang mana ianya merangkumi aspek rekabentuk teknikal, analisis struktur, proses aliran dan kawalan terhadap mesin.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Machine design, Finite element method, Medical instruments and apparatus.
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
Divisions: Library > Final Year Project > FKM
Depositing User: Mr. Thaqif Mohd Isa
Date Deposited: 11 Sep 2012 03:26
Last Modified: 28 May 2015 03:37
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/5733

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year