Browse By Repository:

 
 
 
   

Merekabentuk Dan Menguji Injap Kawalan Air Paip Utama Untuk Tangki Simpanan Air Hujan

Mohd Mushrif , Abd Razak (2008) Merekabentuk Dan Menguji Injap Kawalan Air Paip Utama Untuk Tangki Simpanan Air Hujan. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 Pages)
Merekabentuk_Dan_Menguji_Injap_Kawalan_Air_Paip_Utama_Untuk_Tangki_Simpanan_Air_Hujan_Mohd_Mushrif_Abd_Razak_TJ219.M58_2008_24.pdf - Submitted Version

Download (1MB)
[img] PDF (Full Text)
Merekabentuk_Dan_Menguji_Injap_Kawalan_Air_Paip_Utama_Untuk_Tangki_Simpanan_Air_Hujan_Mohd_Mushrif_Abd_Razak_TJ219.M58_2008_FULL_TEXT.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (42MB)

Abstract

Air adalah salah satu unsur yang terdapat di bumi. Air sangat penting dalam kehidupan manusia kerana ia digunakan untuk kegunaan domestik, awam serta sektor perindustrian, perdagangan dan pertanian. Sistem bekalan air yang berkesan diperlukan untuk membekalkan air kepada pengguna. Kegunaan domestik melibatkan 40 – 60 peratus daripada keseluruhan bekalan air negara. Diantara penggunaan air untuk domestik termasuklah untuk minum, memasak, mandi, mencuci rumah dan kereta, menyiram pokok dan membasuh pakaian. Tujuan kajian ini adalah untuk merekabentuk dan menguji injap kawalan air utama untuk tangki simpanan air hujan dimana proses mengumpul air hujan dari bumbung ke tangki simpanan air hujan. Walau bagaimanapun kehadiran hujan yang tidak menentukan akan menyebabkan bekalan air hujan dari tangki akan habis. Oleh itu tangki simpanan air hujan ini akan digabungkan dengan bekalan air utama untuk membekalkan air ke dalam tangki jika tiada air hujan yang diterima. Komponen utama yang akan dihasilkan adalah injap kawalan air dari bekalan utama. Air ini biasanya digunakan untuk pelbagai tujuan kecuali untuk minum atau penyediaan makanan. Dalam iklim tropika seperti di negara kita, penuaian air hujan adalah sangat penting bagi mengurangkan kadar pembaziran air dan untuk mengurangkan kadar pembayaran bil air yang semakin meningkat pada masa kini. Selain itu juga, dengan manfaat air hujan kita dapat mengurang dan mengelakkan pencemaran alam yang berleluasa seperti hakisan tanah, banjir dan pencemaran sungai.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Pneumatic machinery, Pneumatic control
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
Divisions: Library > Final Year Project > FKM
Depositing User: Siddiq Jais
Date Deposited: 30 Aug 2012 02:26
Last Modified: 28 May 2015 03:34
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/5427

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year