Browse By Repository:

 
 
 
   

Kajian Kegagalan Statik Dan Lengkokan Ke Atas Menara Penghantaran Elektrik Dan Kaedah Analisis Unsur Terhingga Menggunakan Perisian Berkomputer MSC/NASTRAN-PATRAN

Azaimmy , Maksid (2009) Kajian Kegagalan Statik Dan Lengkokan Ke Atas Menara Penghantaran Elektrik Dan Kaedah Analisis Unsur Terhingga Menggunakan Perisian Berkomputer MSC/NASTRAN-PATRAN. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 pages)
Kajian_Kegagalan_Statik_Dan_Lengkokan_Ke_Atas_Menara_Penghantaran_Elektrik_Dan_Kaedah_Analisis_Unsur_Terhingga_Menggunakan_Perisian_Berkomputer_MSC@NASTRAN-PATRAN_-_24_pages.pdf - Submitted Version

Download (237kB)
[img] PDF (Full Text)
Kajian_Kegagalan_Statik_Dan_Lengkokan_Ke_Atas_Menara_Penghantaran_Elektrik_Dan_Kaedah_Analisis_Unsur_Terhingga_Menggunakan_Perisian_Berkomputer_MSC@NASTRAN-PATRAN_-_Full_Text.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (3MB)

Abstract

Kajian ini memfokuskan mengenai analisis kegagalan terhadap menara penghantaran elektrik dengan menggunakan perisian MSC/NASTRAN – PATRAN. Kegagalan boleh dikaji dari segi kegagalan secara statik dan juga lengkokan. Kajian kegagalan pada struktur menara ini lebih tertumpu kepada struktur tapak menara dan juga pada bahagian lengan menara. Bahagian ini merupakan kawasan yang mempunyai risiko yang tinggi untuk berlakunya sebarang bentuk kegagalan. Dengan menggunakan perisian MSC/NASTRAN-PATRAN, struktur menara yang dikaji dimodelkan secara terus ke dalam analisis dengan berpandukan titik-titik koordinat yang ada. Bagi analisis secara statik linear, keputusan yang boleh diperolehi adalah nilai tegasan maksimum, tegasan minimum dan juga kadar pemanjangan maksimum. Bagi analisis lengkokan, nilai yang boleh diperolehi ialah faktor beban untuk mengetahui beban kritikal yang mampu ditahan oleh struktur menara. Untuk mendapatkan perbandingan dari segi keadaan struktur menara, analisis di modelkan dengan dua jenis struktur iaitu struktur asas dan struktur lengkap. Berdasarkan keputusan analisis yang diperolehi, struktur lengkap nilai tegasan maksimum, tegasan minimum, kadar pemanjangan lebih rendah berbanding struktur asas; manakala nilai bagi faktor beban untuk struktur lengkap adalah lebih tinggi berbanding struktur yang ringkas. Ini dapat disimpulkan bahawa struktur lengkap yang terdiri daripada banyak rangka sokongan berada dalam keadaan stabil dan selamat selagi beban yang disokong tidak melebihi daripada nilai tegasan maksimum dan juga beban kritikal yang dapat disokong oleh struktur menara tersebut.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Mechanics, Applied, Finite element method, Finite element method -- Data processing, Electric lines -- Poles and towers
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
Divisions: Library > Final Year Project > FKM
Depositing User: Ahmad Abu Bakar
Date Deposited: 17 Aug 2012 03:23
Last Modified: 28 May 2015 03:34
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/5418

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year