Browse By Repository:

 
 
 
   

Merekabentuk Dan Menghasilkan Blok Uji Ujian Tanpa Musnah (NDT) Untuk Aplikasi Ujian Ultrasonik (UT)

Md Fua’ad, Jamian (2010) Merekabentuk Dan Menghasilkan Blok Uji Ujian Tanpa Musnah (NDT) Untuk Aplikasi Ujian Ultrasonik (UT). Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 Pages)
Merekabentuk_Dan_Menghasilkan_Blok_Uji_Ujian_Tanpa_Musnah_(NDT)_Untuk_Aplikasi_Ujian_Ultrasonik_(UT).pdf - Submitted Version

Download (461kB)
[img] PDF (Full Text)
Merekabentuk_Dan_Menghasilkan_Blok_Uji_Ujian_Tanpa_Musnah_(NDT)_Untuk_Aplikasi_Ujian_Ultrasonik_(UT).pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Kajian ini adalah mengenai penyedian spesimen blok uji ujian tanpa musnah (NDT) untuk aplikasi ujian ultrasonik (UT) daripada bahan keluli karbon biasa. Aplikasi ujian ultrasonik digunakan untuk mengesan kedalaman dan diameter lubang dan juga menguji penduga yang digunakan pada blok uji yang akan dibuat. Objektif kajian ini adalah untuk membuat spesimen blok uji yang boleh digunakan di dalam ujian ultrasonik. Tiga spesimen blok uji yang dihasilkan dan digunakan adalah berukuran 150 mm × 50 mm × 20 mm mengikut ukuran piawaian yang telah ditetapkan oleh ASTM A 609/ A 609M-91. Untuk mengesan ketebalan, lima lubang yang sama saiz akan dibuat pada spesimen blok uji tetapi kedalamannya adalah berlainan. Manakala untuk mengesan diameter pula, tiga lubang berlainan diameter akan dibuat tetapi kedalamannya adalah sama dan untuk menguji kepekaan penduga, lima lubang akan ditebuk menembusi permukaan tetapi dalam bentuk tangga. Kemudian kaedah ujian ultrasonik akan digunakan untuk menguji spesimen blok uji tersebut.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Structural analysis, Aluminum alloys -- Fracture, Aluminum construction, Aluminium alloys -- Welding
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
Divisions: Library > Final Year Project > FKM
Depositing User: Jefridzain Jaafar
Date Deposited: 16 Aug 2012 06:47
Last Modified: 28 May 2015 03:33
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/5346

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year