Browse By Repository:

 
 
 
   

Penyediaan Larutan Bahan Punar Bagi Aloi-Aloi Bukan Ferus

Nur Fazlina , Ahmad (2009) Penyediaan Larutan Bahan Punar Bagi Aloi-Aloi Bukan Ferus. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 pages)
Penyediaan_Larutan_Bahan_Punar_Bagi_Aloi-Aloi_Bukan_Ferus_-_24_pages.pdf - Submitted Version

Download (161kB)
[img] PDF (Full Text)
Penyediaan_Larutan_Bahan_Punar_Bagi_Aloi-Aloi_Bukan_Ferus_-_Full_Text.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Tujuan penghasilan larutan bahan punar ini adalah untuk mengkaji sempadan butir bagi aloi- aloi bukan ferus. Setiap larutan bahan punar bagi aloi bukan ferus yang hendak dikaji mempunyai komposisi yang khusus. Selain itu, kajian ini adalah bagi menyediakan satu garis panduan yang lengkap dalam penghasilan larutan bahan punar. Kajian ini melibatkan lima jenis aloi bukan ferus. Kelima-lima aloi tersebut adalah aloi aluminium, zink, nikel, kuprum dan yang terakhir sekali adalah loyang. Larutan bahan punar yang paling sesuai dikenalpasti bagi setiap aloi bukan ferus yang telah dipilih. Bahan kimia dan larutan kimia serta komposisi yang sesuai untuk setiap aloi-aloi bukan ferus tersebut turut dikenalpasti dan proses sintesis kimia dilakukan untuk menyediakan larutan bahan punar masing- masing. Spesimen aloi bukan ferus yang terlibat disediakan dengan menggunakan teknik matalografi manakala ujian mikrostruktur pula dijalankan untuk mengesahkan larutan-larutan bahan punar yang dihasilkan. Semasa penyediaan larutan bahan punar ini, langkah berjaga- jaga turut diberi keutamaan. Kajian ini lebih menjurus kepada pemilihan larutan bahan punar yang sesuai untuk melihat sempadan butir bagi setiap aloi bukan ferus yang telah dipilih pada awalnya. Komposisi bahan kimia ini diubah dengan menggunakan kaedah cuba dan jaya bagi melihat sempadan butir yang paling jelas. Larutan bahan punar yang sesuai bagi aloi aluminum adalah larutan Keller’s. Komposisi larutan bahan punar yang paling sesuai digunakan ke atas aloi zink pula adalah asid hidroklorik 15 ml dan etanol 100 ml. Asid hidroklorik 30 ml, ferric chloride 10 gram dan etanol 120 ml adalah larutan bahan punar yang terbaik bagi loyang Mikrostruktur bagi aloi nikel tidak dapat dilihat di dalam kajian ini. Spesimen yang direndam ke dalam larutan bahan punar yang berkomposisi asid hidroklorik 35 ml, ferric chloride 7 gram dan etanol 110 ml adalah paling sesuai untuk aloi kuprum.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Nonferrous alloys -- Analysis, Nonferrous alloys
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
Divisions: Library > Final Year Project > FKM
Depositing User: Ahmad Abu Bakar
Date Deposited: 10 Aug 2012 02:08
Last Modified: 28 May 2015 03:32
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/5264

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year