Browse By Repository:

 
 
 
   

Analisis Kegagalan Pada Struktur Kerusi Kegunaan Pelajar Di Universiti Teknikal Malaysia Melaka

Stephen , Rachel Karen (2009) Analisis Kegagalan Pada Struktur Kerusi Kegunaan Pelajar Di Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 pages)
Analisis_Kegagalan_Pada_Struktur_Kerusi_Kegunaan_Pelajar_Di_Universiti_Teknikal_Malaysia_Melaka_-_24_pages.pdf - Submitted Version

Download (276kB)
[img] PDF (Full Text)
Analisis_Kegagalan_Pada_Struktur_Kerusi_Kegunaan_Pelajar_Di_Universiti_Teknikal_Malaysia_Melaka_-_Full_Text.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Kerusi mempunyai kegunaannya yang tersendiri mengikut kesesuaian yang ditetapkan. Kerusi merupakan perabot untuk duduk, menyandarkan belakang, meletakkan tangan dan secara amnya digunakan oleh seorang sahaja. Kajian ini bertujuan untuk menyiasat kegagalan yang berlaku pada struktur kerusi kegunaan pelajar di UTeM dan mencadangkan penambahbaikan. Kajian meliputi struktur kerusi kegunaan pelajar di UTeM dengan mengenalpasti bahagian yang kritikal pada kerusi apabila dikenakan beban. Bagi menganalisis masalah ini, kaedah unsur terhingga dengan menggunakan perisian MSC NASTRAN/PATRAN telah digunakan. Untuk menghasilkan simulasi tersebut, model tiga-dimensi digunakan dengan menggunakan perisian SolidWorks 2007. Analisis kegagalan statik secara teori dilakukan bagi mendapatkan tegasan maksimum pada bahagian titik tengah rangka peyokong tengah kerusi dan nilai tegasan tersebut akan dibandingkan dengan nilai tegasan yang diperoleh daripada simulasi FEM. Ujian mampatan dijalankan bagi mendapatkan nilai rujukan untuk digunakan dalam ujian lesu. Kelesuan adalah penting kerana ia merupakan penyebab utama yang terbesar kegagalan dalam logam. Maka, ujian lesu dijalankan bertujuan bagi meramal keupayaan kelesuan bahan kerusi dengan menganalisis kitar lesu pada komponen kerusi yang berkaitan.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Chair design, Finite element method, Structural analysis (Engineering), Human engineering, Product design
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
Divisions: Library > Final Year Project > FKM
Depositing User: Ahmad Abu Bakar
Date Deposited: 10 Aug 2012 06:48
Last Modified: 28 May 2015 03:32
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/5256

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year