Browse By Repository:

 
 
 
   

Reka Bentuk Struktur Rekreasi (Kajian Struktur Raket Tenis)

Khairill Anuar, Sakan (2008) Reka Bentuk Struktur Rekreasi (Kajian Struktur Raket Tenis). Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 pages)
Reka_Bentuk_Struktur_Rekreasi_(Kajian_Struktur_Raket_Tenis)_-_24_pages.pdf - Submitted Version

Download (1MB)
[img] PDF (Full Pages)
Reka_Bentuk_Struktur_Rekreasi_(Kajian_Struktur_Raket_Tenis)_Full_Pages.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (6MB)

Abstract

Kajian tentang rekabentuk struktur rekreasi (kajian struktur raket tenis) ini dilakukan di bawah kursus Projek Sarjana Muda (PSM) untuk memenuhi syarat pengijazahan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Kajian ini dikendalikan untuk menghasilkan rekabentuk atau ciptaan terbaru untuk raket tenis bagi menutup kelemahan yang ada pada rekaan sedia ada. Pada peringkat pertama, pengkajian akan dijalankan di makmal melalui ujian getaran (getaran teredam). Data ujian getaran ini akan diguna pakai dalam pengiraan yang menggunakan kaedah Susutan Logaritma untuk memahami sifat redaman sesuatu struktur. Ujian ini akan dilakukan di bawah pengawasan yang ketat bagi memastikan tiada faktor luaran yang mempengaruhi keputusan ujian. Pada peringkat kedua, analisis raket tenis dijalankan menggunakan Kaedah Unsur Terhingga (FEM) melalui perisian NASTRAN/PATRAN. Dalam Kaedah Unsur Terhingga ini, model asal dan model-model yang telah diubahsuai akan dianalisis dan dibandingkan antara satu sama lain. Dengan penggunaan perisian ini, alur daya dan sesaran elastik dapat diperolehi dan ianya juga mudah untuk dikendalikan. Daripada kedua-dua kaedah ini, keputusan-keputusan kajian akan dibincangkan dan pemilihan raket tenis yang ideal akan dilakukan.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Finite element method, Structural analysis (Engineering, Tennis, Materials -- Testing, Structural dynamics, Rackets (Game)
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
Divisions: Library > Final Year Project > FKM
Depositing User: Users 136 not found.
Date Deposited: 18 Jul 2012 06:38
Last Modified: 28 May 2015 02:40
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/4291

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year