Browse By Repository:

 
 
 
   

Analisis Dalam Menghasilkan Plastik Diperkuat Gentian (FRP) Menggunakan Plastik Terbuang Dan Sabut Kelapa Sawit

Marani, Rahmat (2009) Analisis Dalam Menghasilkan Plastik Diperkuat Gentian (FRP) Menggunakan Plastik Terbuang Dan Sabut Kelapa Sawit. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 Pages)
Analisis_Dalam_Menghasilkan_Plastik_Diperkuat_(FRP)_Menggunakan-_24_pages.pdf - Submitted Version

Download (300kB)
[img] PDF (Full Text)
Analisis_Dalam_Menghasilkan_Plastik_Diperkuat_(FRP)_Menggunakan....-_TA455.P55_.M37_2009.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (16MB)

Abstract

Plastik diperkuat gentian (FRP) merupakan bahan komposit yang semakin meluas diperkembangkan dan semkin ramai yang membuat kajian mengenainya. Penggunaan plastik terbuang dan sabut kelapa sawit untuk menghasilkan FRP adalah satu kajian yang belum pernah dilakukan. Kajian ini seiring dengan permintaan yang tinggi untuk bahan yang kuat, ringan dan juga berkos rendah. Banyak kajian tentang masalah ini telah dibuat menggunakan pelbagai bahan. Sejajar dengan penggunaan gentian asli dan bahan linoselulosik yang semakin mendalam, laporan teknikal ini membentangkan Plastik Diperkuat Gentian menggunakan Plastik Terbuang dan Sabut Kelapa Sawit. Campuran sabut kelapa sawit dengan HDPE dihasilkan menerusi penyemperitan dan seterusnya dimampatkan menggunakan kaedah mampatan acuan untuk memfabrikasi komposit dengan 10%,20%,dan 30% kandungan sabut kelapa sawit. Plat acuan juga disediakan untuk diguna sebagai acuan untuk menyediakan sampel. Sampel HDPE juga disediakan selain difabrikasi untuk membandingkan sifat mekaniknya berbanding dengan HDPE yang diisi sabut kelapa sawit. Dari segi sifat ketegangan, modulus Young meningkat namun kekuatan tegangan dan pemanjangan sebelum patah adalah sebaliknya. Dari segi kekuatan daya hentaman, komposisi dengan pengisian 10% menunjukan kekuatan yang tidak jauh berbeza daripada HDPE sepenuhnya. Namun begitu, penurunan yang drastik berlaku apabila penambahan sabut kelapa sawit dibuat. Kesimpulannya, sabut kelapa sawit didapati sesuai untuk dijadikan bahan pengisi, tetapi saiz zarah dan bentuk bahan memberi kekurangan ketumpatan lekatan dalaman.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Fiber-reinforced plastics -- Fracture
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
Divisions: Library > Final Year Project > FKM
Depositing User: Nor Ridzuan S.Kasehan
Date Deposited: 02 Jul 2012 03:00
Last Modified: 28 May 2015 02:38
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/3894

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year