Browse By Repository:

 
 
 
   

Reban Ayam Elektronik

Mohd Zaki, Zakaria (2008) Reban Ayam Elektronik. Project Report. UTeM, Melaka,Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 Pages)
Reban_Ayam_Elektronik_Mohd_Zaki_Bin_Zakaria_TA165.M92_2008_-24_Pages.pdf - Submitted Version

Download (859kB)
[img] PDF (Full Text)
Reban_Ayam_Elektronik_Mohd_Zaki_Bin_Zakaria_TA165.M92_2008.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (7MB)

Abstract

Di zaman teknologi moden yang serba canggih ini, terdapat banyak kelengkapan elektronik yang telah dihasilkan. Walaupun begitu, tidak semua teknologi yang ada diaplikasikan dalam industri penternakan ayam di negara kita. Kajian menunjukkan projek yang diusahakan ini masih tidak meluas penggunaannya dan kurang mendapat pendedahan yang sewajamya. Projek ini terhasil dari cetusan idea diatas kesedaran untuk menaiktaraf dan mengaplikasikan teknologi terkini yang sedia ada. Ianya secara tidak langsung dapat memudahkan kerja pengusahaan ayam ternakan yang dulunya dilakukan secara tradisional disamping dapat mengurangkan kos upahan tenaga peke rja yang ramai dalam sesebuah kawasan penternakan. Projek ini mengaplikasikan penggunaan litar elektronik secara keseluruhannya. Ia akan membolehkan makanan, minuman serta kawalan pemanas beroperasi secara automatik. Makanan disimpan di dalam tangki yang bersih dan masa untuk memberi makanan akan disetkan. Apabila tiba masanya, kekunci berpusat akan menarik penutup lubang pada tangki makanan dan membenarkan makanan akan jatuh pada salur yang disediakan sebelum turun ke tangki makanan. Manakala untuk minuman, penggunaan litar kawalan paras air diaplikasikan yang mana apabila paras rendah dicapai, maka pam akan dihidupkan untuk mengalirkan air ke bekas minuman. Manakala apabila air paras tinggi air dicapai, ia akan menghantar isyarat dari litar kawalan untuk mematikan Pam. Untuk kawalan haba, pengesan suhu digunakan untuk mengesan suhu persekitaran di dalam reban. Apabila suhu dikesan kurang dari yang telah disetkan pada meterupaya, maka rintangan menjadi rendah dan mentol akan buka. Manakala apabila suhu dikesan lebih tinggi dari yang telah disetkan pada meterupaya, maka rintangan menjadi tinggi dan mentol akan tutup. Disini, mentol berfungsi sebagai pemanas yang akan memanaskan reban.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Detectors , Detectors -- Design and construction , Detectors -- Industrial applications , Chicken housing
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
Divisions: Library > Final Year Project > FKEKK
Depositing User: Mohd Syahrizal Mohd Razali
Date Deposited: 19 Jun 2012 04:43
Last Modified: 28 May 2015 02:36
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/3591

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year