Browse By Repository:

 
 
 
   

Reka Bentuk Sampul Bangunan Untuk Penjimatan Tenaga

Wan Hairilamei, Nik Wan Zainun (2009) Reka Bentuk Sampul Bangunan Untuk Penjimatan Tenaga. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img]
Preview
PDF (24 pages)
Rekabentuk_Sampul_Bangunan_Untuk_Penjimatan_Tenaga._-_24_pages.pdf - Submitted Version

Download (1MB)
[img] PDF (Full Text)
Rekabentuk_Sampul_Bangunan_Untuk_Penjimatan_Tenaga._-_Full_Text.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Sampul bangunan adalah komponen bagi pengasingan diantara persekitaran dalaman dan luaran sesuatu bangunan. Ianya terdiri daripada dinding, bumbung, tingkap, pintu, lantai, pembahagian bangunan dan lain-lain. Pemilihan bahan binaan yang sesuai bagi tujuan pembinaan komponen sampul bangunan ini dapat meminimumkan pertambahan haba yang diperolehi dari sinaran matahari keatas sampul bangunan. Ruang dalaman bangunan tidak akan terlampau panas atau keselesaan termal di dalam bangunan dapat dicapai. Oleh itu, penggunaan tenaga untuk peralatan mekanikal seperti penyaman udara dapat dikurangkan. Tujuan kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk mengkaji perbezaan jenis bahan binaan keatas penjimatan tenaga atau beban penyejukan bangunan. Setiap bahan binaan mempunyai sifat atau kelakuan termalnya tersendiri dan ia akan memberi kesan yang yang berbeza-beza keatas beban penyejukan sesebuah bangunan. Bahan-bahan yang dipilh akan digabungkan dan dirajahkan mengikut kategori komponen sampul bangunan membentuk satu model rumah dan di simulasikan menggunakan Perisian CARMEL Residential 5.0. Jumlah haba yang dapat dikurangkan akan dianalisis bagi mengetahui jumlah penjimatan yang dapat dicapai. Selain dari kaedah pengiraan menggunakan teori pemindahan haba secara konduksi, perolakan dan radiasi, jumlah haba yang diperolehi daripada sinaran matahari juga dapat ditentukan melalui perisian CARMEL Residential 5.0. Perisian ini berkebolehan menentukan jumlah beban penyejukan dan pemanasan untuk bangunan dan seterusnya menentukan saiz sistem HVAC dengan betul

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Buildings -- Energy conservation -- Simulation methods, Insulating materials
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
Divisions: Library > Final Year Project > FKM
Depositing User: Mi Azian Ab. Karim
Date Deposited: 16 May 2012 04:35
Last Modified: 28 May 2015 02:33
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/3156

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year