Browse By Repository:

 
 
 
   

Papan Partikel Daripada Sekam Padi

Noor Syarida , Abdul Rahman (2009) Papan Partikel Daripada Sekam Padi. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 pages)
Papan_Partikel_Daripada_Sekam_Padi_-_24_pages.pdf - Submitted Version

Download (193kB)
[img] PDF (Full Text)
Papan_Partikel_Daripada_Sekam_Padi_-_Full_Text.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (816kB)

Abstract

Papan partikel yang dihasilkan daripada sekam padi diharapkan dapat menggantikan papan partikel lain dimana mempunyai kelebihan tahan panas dan kalis api yang dapat digunakan dalam pembuatan perabot dan bahan binaan. Sebagai alternatif bahan binaan, papan partikel sekam akan menjalani proses ujian yang ditetapkan oleh industri meliputi sifat fizik dan mekaniknya. Pembentukan papan partikel dengan perbandingan nisbah campuran sekam padi dan resin 1:2 dan 1:3 dengan nisbah pemadatan adalah 2:1, 3:1, 4:1 dan 5:1 di dalam acuan pada ukuran 20cm x 10cm. Pengujian meliputi ikatan dalaman (Internal Bonding), Modulus Of Elasticity (MOE), Modulus Of Rupture (MOR), kadar air dan ketumpatan dari papan partikel. Hasil kajian menunjukkan bahawa perbandingan nisbah sekam padi dan resin 1:2 memiliki kekuatan yang lebih besar dibandingkan dengan perbandingan nisbah sekam padi dan resin 1:3. Nisbah pemadatan yang lebih besar memerlukan tekanan pemadatan yang lebih besar di mana untuk nisbah pemadatan 5:1, tekanan pemadatan sebanyak 10.795 kg/cm² diperlukan. Ikatan dalaman pada perbandingan nisbah sekam padi dan resin 1:2 lebih besar dibandingkan dengan perbandingan nisbah sekam padi dan resin 1:3. Nilai MOE tertinggi diperoleh pada perbandingan nisbah sekam padi dan resin 1:2 dan pada perbandingan nisbah pemadatan 5:1 iaitu sebanyak 5088.75 kg/cm². Nilai MOR tertinggi adalah pada perbandingan nisbah sekam padi dan resin 1:2 iaitu 63.75 kg/cm² ketika perbandingan nisbah pemadatan adalah 5:1. Pengaruh perbandingan nisbah sekam padi dan resin 1:2 terhadap MOE lebih tinggi dibandingkan dengan perbandingan nisbah sekam padi dan resin 1:3. Ketumpatan papan partikel berkisar antara 0.355 g/cm³ pada perbandingan nisbah sekam padi dan resin 1:2 dengan nisbah pemadatan 2:1, hingga 0.873 g/cm³ pada nisbah pemadatan 5:1. Papan partikel sekam padi yang paling baik menggunakan nisbah pemadatan 5:1 dengan perbandingan nisbah sekam padi dan resin 1:2, yang menghasilkan nilai MOE dan MOR tertinggi.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Particle board -- Design and construction, Rice hulls
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TS Manufactures
Divisions: Library > Final Year Project > FKM
Depositing User: Ahmad Abu Bakar
Date Deposited: 11 May 2012 04:29
Last Modified: 28 May 2015 02:32
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/3042

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year