Browse By Repository:

 
 
 
   

Unit Kuasa Hidraulik Padat Boleh Ubah Kelajuan

Khairul Nizam, Khalid (2008) Unit Kuasa Hidraulik Padat Boleh Ubah Kelajuan. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 pages)
Unit_Kuasa_Hidraulik_Padat_Boleh_Ubah_Kelajuaan_-_24_pages.pdf - Submitted Version

Download (67kB)
[img] PDF (Full Text)
Unit_Kuasa_Hidraulik_Padat_Boleh_Ubah_Kelajuaan_-_Full_Text.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Penyelidikan ini membentangkan kajian tentang aplikasi penggunaan teknologi kawalan berkeupayaan mengubah kelajuan dalam unit kuasa hidraulik padat. Matlamat penyelidikan ini adalah untuk menyediakan pelbagai maklumat bagi menilai kemajuan teknologi ini sebagai satu potensi meningkatkan kecekapan tenaga dalam aplikasi kuasa bendalir. Kajian semula mendedahkan bahawa melalui penggunaan pemacu boleh ubah kelajuan iaitu penyongsang (inverter), boleh mengurangkan kehilangan tenaga. Kebolehan untuk mengawal keupayaan mesin pemutar dinamik, seperti pam -pam dan kipas serta aplikasi untuk mesin-mesin kuasa bendalir, seperti unit kuasa hidraulik padat, mempunyai satu prospek yang baik dalam meningkatkan kecekapan. Walaupun beberapa teknologi mencadangkan penggunaan kawalan boleh ubah kelajuan dalam aplikasi-aplikasi munasabah, ia juga membawa pelbagai cabaran yang disebabkan oleh beberapa masalah seperti pembangunan dan pengintegrasian komponen yang masih belum mencukupi, kebolehharapan yang lemah, kos modal yang tinggi dan kegagalan pemasangan demonstrasi untuk menghasilkan simpanan tenaga. Oleh kerana penyongsang berteraskan pemacu boleh ubah kelajuan menawarkan teknologi yang berpotensi sebagai simpanan tenaga, penyelidikan menyeluruh adalah masih diperlukan untuk pembangunan optimum dan sistem yang lebih kos efektif.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Hydraulic engineering, Hydraulic machinery -- Design and construction, Compact hydraulic power unit, Variable speed control, Inverters
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
Divisions: Library > Final Year Project > FKM
Depositing User: Ahmad Abu Bakar
Date Deposited: 11 May 2012 04:34
Last Modified: 28 May 2015 02:32
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/3034

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year