Browse By Repository:

 
 
 
   

Oil Palm Seed Transporter : Structure Analysis & Improvement

Mohd Faidzal , Salkah (2008) Oil Palm Seed Transporter : Structure Analysis & Improvement. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 pages)
Muhamad_Faidzal_Bin_Salkah_TJ230.M44_2008-24_pages.pdf - Submitted Version

Download (1MB)
[img] PDF (Full Text)
Muhamad_Faidzal_Bin_Salkah_TJ230.M44_2008_raf.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (6MB)

Abstract

Projek ini menghuraikan tentang perlaksanaan dalam mereka cipta dan menganalisis keadaan struktur untuk jentera pengangkut tandan kelapa sawit yang baru. Pada masa sekarang ini, terdapat pelbagai jenis jentera yang digunakan untuk mengangkut kelapa sawit dari pokok ke tempat pengumpulan kelapa sawit dipasaran. Tetapi masalah utama jentera-jentera ini adalah kos untuk sebuah jentera ini terlalu tinggi dan tidak mampu untuk dimiliki oleh pekebun-pekebun kecil. Oleh sebab ini, kebanyakan pekerja-pekerja ladang menggunakan kereta sorong sebagai pengangkutan yang utama untuk mengangkut tandan sawit ini. Tetapi masalah yang dihadapi menggunakan kereta sorong ini adalah masalah tenaga. Tenaga manusia yang tinggi terpaksa digunakan untuk menolak kereta sorong ini dan hasil pengeluarannya juga amt kurang berbanding menggunakan jentera. Jadi, tujuan utama projek ini adalah untuk menghasilkan satu mesin pengangkut kelapa sawit yang boleh menyelesaikan semua masalah yang dihadapi sekarang ini. Langkah pertama yang harus dilakukan adalah mengumpul segala data tentang mesin-mesin pengangkut yang terdapat dipasaran dan masalah yang dihadapi. Daripada masalah ini akan mencetuskan idea untuk mereka cipta mesin pengangkut kelapa sawit yang boleh menyelesaikan semua masalah ini. Setelah produk spesifikasi dibuat, lukisan tentang mesin ini boleh dilakukan menggunakan Computer Aided Design (CAD). Perisian yang digunakan adalah Solidworks. Setelah lukisan dilakukan, proses analisis perlu dilakukan untuk mengenal pasti tahap kekuatan rekaaan tadi. Finite element method akan digunakan untuk proses analisis ini. Perisian yang digunakan adalah MSC. Nastran. Menggunakn perisisan ini, beban (1 OOOkg) akan dikenakan ke atas struktur rekaan. Daripada keputusan analisis ini, pengiraan secara manual akan dilakukan untuk memastikan tahap kekuatan rekaan terbabit. Sekiranya rekaan terbabit tidak mampu untuk menampung beban yang telah ditetapkan, proses rekaan semula akan dilakukan.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Machine design, Oil palm, Palm oil -- Transportation
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
Divisions: Library > Final Year Project > FKP
Depositing User: F Haslinda Harun
Date Deposited: 23 Apr 2012 01:22
Last Modified: 28 May 2015 02:29
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/2599

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year