Browse By Repository:

 
 
 
   

Mereka Bentuk Platfom Keselamatan Untuk Kerja-Kerja Membuka Dan Menutup Kanvas Lori

Abd Salam, Adam (2009) Mereka Bentuk Platfom Keselamatan Untuk Kerja-Kerja Membuka Dan Menutup Kanvas Lori. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 pages)
Mereka_Bentuk_Platfom_Keselamatan_Untuk_Kerja-Kerja_Membuka_Dan_Menutup_Kanvas_Lori_-_24_pages.pdf - Submitted Version

Download (243kB)
[img] PDF (Full Text)
Mereka_Bentuk_Platfom_Keselamatan_Untuk_Kerja-Kerja_Membuka_Dan_Menutup_Kanvas_Lori_-_Full_Text.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Keselamatan adalah perkara utama yang dititik beratkan dalam mana-mana kilang dan ”plant” terutamanya di kilang simen. Syarikat perlu memastikan setiap teman kerja mahupun kontraktor terlibat mengutamakan soal keselamatan di setiap kerja yang di lalukan. Pemandu-pemandu lori yang memasuki kilang/plant juga tergolong dalam teman kerja perlu di pastikan tahap keselamatan mereka terjamin dan berada di tahap tertinggi. Bukan sahaja ketika membawa lori, tetapi juga ketika kerja-kerja pemunggahan barang juga perlu di pastikan soal keselamatan mereka terjamin. Kebiasaanya pemandu lori muatan akan memanjat belakang lori menggunakan ”monkey ladder” yang tersedia di belakang ataupun di bahagian sebelah tepi lori yang tidak terjamin keselamatannya untuk membuat kerja-kerja di atas lori seperti membuka dan menutup muatan dengan kain kanvas. Setiap kali selepas mengisi muatan di bahagian belakang lori, pekerja ataupun pemandu lori itu sendiri akan menutup muatan menggunakan kain kanvas dan di ikat pada sekeliling badan lori. Mereka boleh tergelincir atau mungkin terjatuh sama ada ketika menaiki tangga itu mahupun ketika menarik kanvas itu. Keselamatan membuat kerja-kerja sebegini ketika ini masih belum berada di tahap tertinggi. Projek ini meliputi kajian ilmiah tentang struktur keluli serta daya-daya yang terlibat, merekabentuk platfom keselamatan yang sesuai, menganalisis struktur keluli pada platfom ini serta membuat laporan akhir projek. Masalah dalam projek ini ialah struktur yang mampu menahan daya bengkokkan dan daya kilasan. Perisian Solidworks 2007 digunakan untuk melukis secara 3D manakala perisian Cosmos yang boleh didapati dalam perisian Solidworks digunakan untuk menganalisis struktur pada platfom ini. Keputusan yang diperolehi seperti tegasan dan sesaran maksimun selepas menganalisis akan digunakan sebagai rujukan untuk merekabentuk platfom keselamatan yang baru dengan sedikit pengubahsuaian ataupun penggunaan bahan yang berbeza.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Building, Iron and steel Structural design
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
Divisions: Library > Final Year Project > FKM
Depositing User: Ahmad Abu Bakar
Date Deposited: 23 Apr 2012 01:30
Last Modified: 28 May 2015 02:29
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/2582

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year