Browse By Repository:

 
 
 
   

Membangunkan Dandang Tiub Air Menggunakan Bahan Bakar Pepejal Buangan

Mior ShahrIl, Sulaiman (2010) Membangunkan Dandang Tiub Air Menggunakan Bahan Bakar Pepejal Buangan. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 pages)
Membangunkan_Dandang_Tiub_Air_Menggunakan_Bahan_Bakar_Pepejal_Buangan_24_pages.pdf - Submitted Version

Download (232kB)
[img] PDF (Full Pages)
Membangunkan_Dandang_Tiub_Air_Menggunakan_Bahan_Bakar_Pepejal_Buangan_-_24_pages.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Penyelidikan terhadap bahan bakar pada dandang telah lama dilakukan oleh pengkaji, akan tetapi biasanya penyelidikan bahan bakar pada dandang melibatkan bahan bakar yang tidak boleh diperbaharui seperti diesel dan gas semulajadi. Dalam kajian ini, bahan bakar yang digunakan pada dandang ini adalah dari pepejal buangan iaitu tempurung kelapa bagi menggantikan bahan bakar fosil. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat keberkesanan bahan bakar dan mengkaji stim hasil dari rekabentuk dandang. Dua rekabentuk tiub air pada dandang dihasilkan untuk tujuan perbandingan dan kajian. Kadar pemindahan haba yang berlaku pada dandang ini turut dianalisis untuk mendapatkan kecekapan sebenar dandang yang telah direkabentuk. Rekabentuk saliran air kedalam dandang adalah penting supaya kecekapan dapat ditingkatkan dan boleh mencapai kecekapan dandang biasa. Kajian ini juga mengkaji penggunaan alat-alat sokongan yang sesuai untuk meningkatkan kecekapan dandang. Alat-alat ini seperti blower dan pam air digunakan untuk dalam sistem pengaliran tersebut supaya kecekapan meningkat. Apabila sistem ini digabungkan dan dibangunkan dalam skala yang besar berkemungkinan dapat dijadikan satu alternatif untuk penghasilan tenaga di dunia pada hari ini. Hasil dari kajian ini mendapati bahawa kedua-dua rekabentuk tiub air mempunyai kelebihan dan kekurangan di mana maklumat dari hasil penyelidikan ini dapat digunakan bagi menghasilkan dandang yang lebih kompleks dan berprestasi tinggi.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Fluid mechanics, Heat -- Transmission, Thermodynamics
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
Divisions: Library > Final Year Project > FKM
Depositing User: Rohana Hashim
Date Deposited: 20 Apr 2012 02:58
Last Modified: 28 May 2015 02:29
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/2508

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year