Browse By Repository:

 
 
 
   

Penyiasatan Perambatan Halaju Bunyi Ke Atas Bahan Yang Melalui Proses Rawatan Haba Menggunakan Ujian Ultrasonik

Nor Alzahari, Nur Farah Hani (2019) Penyiasatan Perambatan Halaju Bunyi Ke Atas Bahan Yang Melalui Proses Rawatan Haba Menggunakan Ujian Ultrasonik. Project Report. Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] Text (24 Pages)
Penyiasatan Perambatan Halaju Bunyi Ke Atas Bahan Yang Melalui Proses Rawatan Haba Menggunakan Ujian Ultrasonik.pdf - Submitted Version

Download (5MB)

Abstract

Perbezaan halaju bunyi bagi bahan yang melalui proses rawatan haba boleh diukur dengan pelbagai kaedah ujian musnah dan ujian tanpa musnah. Kajian ini menfokuskan penggunaan ujian ultrasonik bagi menyiasat perambatan halaju bunyi keluli karbon AISI 1050 setelah ia melalui proses rawatan haba. Ujian mikrokekerasan dan analisis mikrostruktur merupakan ujian musnah yang digunakan di dalam penyiasatan ini. 9 spesimen keluli karbon AISI 1050 melalui proses rawatan haba lindap-kejut (quenching) pada suhu pemanasan 800oC, 900oC dan 1000oC selama 30 minit. Kemudian, spesimen-spesimen yang sama melalui proses rawatan haba pembajaan (tempering) pada suhu pemanasan 300oC, 500oC dan 700oC selama 50 minit. Ujian ultrasonik, ujian mikrokekerasan dan analisis mikrostruktur dijalankan sebelum dan selepas rawatan haba selesai dijalankan ke atas spesimen-spesimen tersebut. Pembolehubah yang diambil kira semasa menjalankan proses rawatan haba ialah suhu, masa pemanasan dalam suhu-suhu yang ditetapkan dan kadar penyejukan bahan kepada suhu bilik. Data setiap ujian direkodkan untuk dibandingkan dengan spesimen rujukan yang tidak melalui sebarang proses rawatan haba. Hasil ujian menunjukkan kaitan yang positif antara halaju bunyi dengan saiz butir, iaitu saiz butir semakin mengecil dan halaju bunyi semakin perlahan dengan peningkatan suhu ketika proses rawatan haba. Namun, hasil ujian mikrokekerasan menunjukkan kaitan negatif dengan halaju bunyi dan saiz butir keluli karbon AISI 1050. Semakin mengecil saiz butir, semakin bertambah kekerasan dan semakin berkurang halaju bunyi bahan tersebut setelah melalui proses rawatan haba lindap-kejut dan pembajaan. Ini membuktikan keboleharapan ujian ultrasonik dalam mengenalpasti perubahan yang berlaku ke atas saiz butir mikrostruktur dan kekerasan keluli karbon AISI 1050 setelah melalui proses rawatan haba

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Ultrasonic Testing
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
Divisions: Library > Final Year Project > FKM
Depositing User: Norfaradilla Idayu Ab. Ghafar
Date Deposited: 03 Dec 2020 00:40
Last Modified: 03 Dec 2020 00:40
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/24847

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year