Browse By Repository:

 
 
 
   

Reka Bentuk Model Sistem Pengudaraan Berkuasa Suria

Huzamri, Mohd Sharimen Imran (2017) Reka Bentuk Model Sistem Pengudaraan Berkuasa Suria. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] Text (24 Pages)
Reka Bentuk Model Sistem Pengudaraan Berkuasa Suria.pdf - Submitted Version

Download (1MB)

Abstract

Malaysia adalah sebuah Negara tropikal yang disifatkan sebagai panas dan lembap dan terletak di 'Tropic of Cancer and Capricon'. Kawasan ini terdapat unsur-unsur iklim yang dikategorikan sebagai suhu yang tinggi dan corak harian yang seragam sepanjang tahun. suhu purata tahunan di Malaysia adalah 26.4 °C dengan purata suhu maksimum harian adalah 34 °C dan purata suhu minimum setiap hari adalah 23 °C. Malaysia juga mempunyai langit yang terang sepanjang tahun dan menerima purata cahaya matahari dari 3.7 jam ke 8.7 jam setiap hari. Mengikut purata tahunan, Malaysia menerima 6 jam sinaran matahari setiap hari sepanjang tahun. Sinaran cahaya matahari terus ke bumbung rumah menyebabkan suhu bumbung rumah menjadi tinggi sekaligus meningkatkan juga suhu rumah. Oleh itu, projek sistem pengudaraan ini dijalankan untuk meningkatkan sistem pengudaraan di dalam bumbung rumah supaya suhu yang sesuai dan selesa untuk penghuni rumah dapat dicapai. Untuk mendapatkan suhu yang terbaik, saiz sistem pengudaraan ini dikaji agar dapat berfungsi untuk melancarkan peredaran udara di dalam bumbung rumah dengan spesifikasi saiz yang telah ditentukan. Pertama sekali, isipadu loteng dan kadar pengaliran udara akan dikira dalam kaki kubik per minit. Kemudian, pengalir udara bumbung yang sesuai akan dipilih berdasarkan kadar pengaliran udara yang dikira. Seterusnya, kuasa panel suria akan dikira secara teori sebelum panel suria yang sesuai dipilih. lni adalah untuk mengelakkan kuasa yang dibekalkan oleh panel suria kepada motor adalah berlebihan atau berkurangan. Akhir sekali, penambahbaikan untuk pengudaraan bumbung solar juga dijalankan. Dalam penambahbaikan tersebut, satu sistem saluran udara telah direka untuk meningkatkan kadar pengudaraan loteng. Untuk projek ini, subu yang dapat dikurangkan oleh sistem pengudaraan yang dikaji ialah sekitar 3°C - 5°C. Suhu akan turun pada tahap maksimum apabila kipas bergerak dengan laju pada hari yang cerah dan suhu akan turun pada tahap minimum jika kipas bergerak perlahan dalam keadaan cuaca mendung. Suhu yang sepatutnya ingin dicapai oleh sistem yang akan dikaji ialah sebanyak 34.09°C walaupun dalam keadaan cuaca yang panas. Kesimpulannya, jenis kipas, saiz kipas dan saiz yang rumah yang betul diperlukan untuk mendapatkan suhu yang diinginkan tanpa menggunakan tenaga berlebihan.

Item Type: Final Year Project (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Ventilation, Air conditioning - Energy consumption, Solar energy, Air conditioning - Efficiency
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TL Motor vehicles. Aeronautics. Astronautics
Divisions: Library > Final Year Project > FKM
Depositing User: Mohd Hannif Jamaludin
Date Deposited: 23 Nov 2018 08:20
Last Modified: 23 Nov 2018 08:20
URI: http://digitalcollection.utem.edu.my/id/eprint/22430

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year